Tuesday, 6 September 2016

ENTRI 43: ZON KETAKUTAN vs ZON BARU

TEKS :RAIHAN NOORDIN
FOTO :RAIHAN NOORDIN


Zon "KETAKUTAN"
=========

Yakinlah bahawa setiap kali kita melangkah menuju zon yg mencabar maka setiap kali itu jugalah ketakutan ketakutan baru akan muncul.

Tidak mengapa, terimalah "ketakutan ketakutan baru" yg berada dlm ling
Bersama Jutawan Muslim Bonda Esah Pengasas Ana Edar. 
kungan zon yg mencabar daripada terus menghadapi "ketakutan ketakutan lama" dalam zon yg selesa.

Apalah ertinya menjadi seumpama "jaguh kampung" yg hanya mampu menang dalam gelanggang sendiri dan menghadapi lawan yg sama, dibandingkan dgn jaguh sebenar yg menghadapi pelbagai lawan dipelbagai gelanggang.

Tegasnya, terima lah ketakutan sebagai harga untuk setiap peningkatan yang dibuat.

Impian yg menyala nyala akan memadamkan ketakutan dalam diri kita. Impian mesti besar untuk menakluki rasa takut.

Sekiranya kita ada keinginan tetapi keinginan itu tidak cukup kuat untuk memadamkan rasa takut, itu sebenarnya bukan keinginan.

Itu hanya angan angan. Sebaliknya, tukarkanlah rasa takut itu untuk menjadikannya satu keinginan yang menyala nyala.

Ketakutan untuk gagal menjadi keinginan untuk berjaya. Ketakutan menjadi miskin, mendorong keinginan menjadi kaya.

Ketakutan menghadapi mati, menyebabkan kita berhati hati dalam menjalani kehidupan. Ketakutan terjerumus ke dalam dosa menggalakkan keghairahan meraih pahala.

#JOMCABAR
#JOMSHARE
        Waalahuallam..