Sunday, 21 August 2016

ENTRI 27 : CINTA : The Power of Love in Bussiness

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO: RAIHAN NOORDIN

Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzholimin,
Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzholimin,
Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzholimin,

Segala puji bgNya yang mengizinkan kak Ann melakukan apa yang kak Ann cinta, Ya kak ann cintakan ilmu, ilmu psikologi yang sudah sebahagian dari darah dan segenap inci saraf dari kepala ke hujung kaki.hahaha,,,dasyat you olls.

Semalam setelah perancangan selama lebih 2bulan alhamdullillah program POWER LEADING module peribadi yang pertama untuk team Qaseh sudah berlangsung, Semua berjalan dengan lancar hendaknya.



Kak Ann belajar banyak perkara semalam.

Sungguhpun pernah agensi korporat dan swasta bayar kak ann ribu ribu 1 hari, tetapi training yang ni kepuasannya dan kesyukurannya berjuta kali.,

Sungguhpun skill skill yang kak ann belajar dan bayar yurannya RM1490 untuk tiga level tapi berkongsi FREE ini lebih berjuta nilainya.

Setiap kali kak ann mengajar , biasanya pihak penganjur akan beri borang kaji selidik tentang kepuasan peserta, kalini tiada, malah kak ann tidak terfikir untuk mendapat feedback dari peserta, kecuali melihat mereka boleh applikasikan kalau tidak 10 cukup 1 tetapi dengan penuh makna,


Bangun pagi ini, setelah pening kerana sarat otak menganalisa setiap kes, hilang dan semakin kerdil rasa diri disisiNya, kerana berjuta dosa yang kak ann lakukan Dia masih berikan nikmat ini. Pujian dan harapan dari setiap peserta, memberi sentuhan kekuatan luarbiasa yang hebat di jiwa kak ann untuk teruskan.

Peserta belajar melihat dan 'merasa' sendiri dimana diri mereka dalam kekalutan menunaikan amanah dan tanggugjawab pada kerjaya dan keluarga. Mereka diberi peluang merasai sendiri perasaan yang sering mereka 'kuburkan' demi melangkah lebih jauh. Yang biasanya perasaan itu sering menjadi halangan dimana akhirnya perasaan itulah sepatutnya menjadi kekuatan dan daya maju untuk terus bertindak!



Peserta mula sedar selagi rutin harian tidak berubah selagi itulah hasil tidak berubah. Di sesi petang mereka belajar bagaimana mula merubah rutin yang kecil tetapi istiqomah.



Alhamdulillah kak ann syukur kak ann dilandasan yang betul. Buat apa yang kita Cinta adalah sesuatu diluarjangkaan hasilnya.

Namun kekurangan dan kelemahan pasti ada.Mohon sahabat disini yang membaca blog ini doakan kak ann terus istiqomah dan kuat untuk meruskan.



" Hidup ini singkat, Perlu terus bermanfaat" 

Kepakaran mengajar dan melatih dari ilmu psikologi ke bidang perniagaan MLM menjadi satu cinta hati baru kak ann. This is the power of love in bussiness. Bukan sahaja berniaga mengejar keuntungan, tetapi seiring dengan cinta ukhuwah, cinta pada perniagaan, cinta pada keluarga dan yang paling penting cinta pd Allah. Jika ada yang berminat bersama team kak ann, dengan rendah hati dan penuh cinta kak ann alu alukan untuk terus hubungi kak ann ya,


we are R.A.N.I.A.
012 9321 366

Pegawai Pemasaran Qaseh
Psychologist
QasehRevolutionNetwork&Consultancy
KLIK SINI ingin mahu bersama team KAK ANN