Tuesday, 6 September 2016

ENTRI 42: POWER LEADING BATCH 2 PERAK

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Setiap kali kak ann rasa lelah, setiap kali itu kak ann akan ingatkan diri, dunia ini sementara, kelelahan dunia adalah saham kesenangan kemewahan di akhirat. Kak ann sebagai manusia yang punya banyak khilaf kepada tuhan , suami, mak abah adikberadik, setiap kali itulah kak merasakan masa ini singkat. Tidak tahu bila akan menutup mata.



KORBAN:

Setiap kali musim korban kita mesti akan terfikir tentang gulai lembu, sup daging, sup tulang, tengok orang sembelih lembu di masjid-masjid, berziarah dan beruntunglah yang dapat menjalani ibadah haji di mekah.


Setiap kali korban kak ann pasti terfikir, sejauh mana sudah aku korbankan kepentingan diri, sejauh mana sebenarnya aku lakukan setiap pekerjaan tanpa memikirkan hanya manfaat diri???.

Misi September kalini selain membantu 5 keluarga dengan anak anak istimewa adalah membawa lebih ramai rania rania Qaseh faham tentang potensi diri mereka.

Kenapa Rania Qaseh? Tidak orang lain?
----

Kerana kak ann sangat dekat dengan anda, kak ann diberi peluang Allah swt dengan mendekati anda kak ann mampu memahami anda dengan lebih baik insyaAllah. Jika orang awam lain mungkin sukar dan ambil masa yang lebih. Kak ann faham perjuangan anda Kak ann sendiri bermula dari bawah, walaupun sekarang tidaklah diatas mana pun, tetapi sudah cukup untuk kak ann kongsi pengalaman dari bawah hingga ke tahap sekarang. Dari modal RM15 hiangga sale RM 50k sebulan.

Untuk tunggu kak ann capai sale 100k atau 1 juta kak ann bimbang kak ann tutup mata dahulu. Terima lah ikhlas dari kak ann, ilmu tak seberapa tetapi jiwa sejuta makna.

"Ya Allah , jika ini memberi manfaat padaku dan seluruh keluarga dan kawan2 untuk akhirat dan dunia, kau permudahkanlah. Dan jika ia membawa manfaat aku sedeqahkan pahala manfaat buat arwah ayahanda Muhd Noordin Taib dan bonda ceh putih saad serta semua leader yang membantu menjayakan"

Moga Allah pelihari hati kak ann dari sikap tamak dan bangga.

"Lailahailla anta subhanakinni kuntu minazzholimin"

POWER LEADING BATCH 2 PERAK
17 September 2016