Monday 14 August 2017

ENTRI 68: KUNCI REZEKI

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : GOOGLE


Kunci Rezeki.
--------
Selain syukur, istighfar juga formula pintu rezeki.
Empat Keistimewaan Istighfar:
1) Cermin Diri. 
Apabila menganiyai diri sendiri/orang lain dengan membuat dosa. Allah mengampunkan dosa dosa dan hati kembali bersih.

2) Sumber kekuatan Umat: 
Dengan beristighfar ia memberi kekuatan dalaman justeru melonjak tindakan dan semangat dalam menjalani aktiviti dan ibadah.
“Dan (dia berkata), ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa’.” (QS Hud: 52).
3) Menolak bencana dan mendapat baraqah:
surah al-Anfal: 33, “Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”
4) Memudahkan jalan rezeki.
Rasulullah SAW yang bersabda, “Barang siapa yang mampu mulazamah atau kontinu dalam beristighfar, maka Allah akan menganugerahkan kebahagiaan dari setiap duka dan kesedihan yang menimpanya, memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, dan memberi rezeki dengan cara yang tidak disangka-sangka.”
(Ibnu Majah).
Image may contain: text
Mahu jadi sebahagian team kami? Jana income online utk kualiti hidup dunia akhirat
0129321366

Wednesday 5 July 2017

ENTRI 67: BERNIAGA TIDAK BOLEH MENGELUH

TEKS : RAIHAN NOORDIN


Bila mula berniaga mahu besar atau kecil, mengeluh adalah satu sumpahan, lumrahnya kita manusia biasa memang akan merasa penat dan putus asa. Ramai yang mudah berputus asa dan berhenti di persimpangan jalan.

Ini adalah sumpahan atau Taboo yang menjadi putaran kekalahan dan kefakiran. Ye! bagi yang berusaha selagi kudrat ada kesihatan ada haruslah berusaha.


Jual air tepi jalan memang penat, berpanas dan berhujan, berdiri berjam2. tidak berhawa dingin. Namun sikap cekal dan tidak berputus asa pasti akan ada hasil untuk rezeki hari itu bukan?!!


Sama aja dalam apa jua yang kita lakukan. Jangan mudah mengharapkan hasil lumayan jika usaha hanya penuh dengan keluhan.



Salam Sayang

YourQasehGoldBussinessExpert
Raihan
012 9321366
FB:Raihan Qaseh

Monday 22 May 2017

ENTRI 66 :KEJAYAAN ITU TANGGUNGJAWAB

TEKS   : RAIHAN NOORDIN
FOTO  : RAIHAN NOORDIN


Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah akhirnya harini berkesempatan mencoret blog dah semakin usang ni. hehehe..

Kisah kejayaan 2016,
Image may contain: 3 people, indoor
itulah yang nak kak ann kongsi , walaupun sebenarnya tidak lah besar mana nak dibandingkan dengan kejayaan orang lain. Namun kak ann niatkan moga kisah ini menjadi inspirasi dan semangat tauladan buat anda yang baru nak bermula seperti kak Ann dulu.

2016 dulu merupakan tahun yang kak Ann anggap sebagai tahun dakian bukit. Alhamdulillah walaupun ada tersasar dan jatuh tersungkur tetapi akhirnya bukit yang kak ann mahu daki itu Allah izinkan capai.

Bermula dengan sale 20k sebulan alhamdulillah sedikit sedikit semkin naik dengan sales team meningkat ke 30k dan mencecah purata 50k dan 60k .

Top PP adalah anugerah yang Kak Ann sasarkan bukan kerana anugerah tetapi sebagai jalan dan track yang kak Ann mahu tebas. Seolah-olah laluan hutan yang asalnya semak dan penuh binatang berbisa yang kak Ann tebas dan lapangkan buat pelapis pelapis dikemudian hari,

Melalui kejayaan lebih 60 orang stokis seluruh Malaysia dan menjadi yang PERTAMA ianya bukanlah perkara semata mata posisi untuk dibanggakan tetapi menjadi kayu aras untuk semua team stokis dan rania rania dibawah QRNC untuk turut juga lalui,


Harapan sebenar menjadi PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah) bukanlah pangkat semata, atau income beribu, kerana lebih 70% untung runcit asal akan hilang dan diberi kelayakkan kepada stokis stokis yang baru naik. Termasuklah bonus komisen. diberi pilihan untuk tidak mencadangkan kenaikan stokis2 baru boleh sahaja menambah nilai income malah berganda pula komisen sbg PPW namun itu bukanlah kejayaan sebenar dan bukan kepuasan sebenar.



Sesungguhnya  ia amat mencabar kewibawaan sebagai usahawan Islam sejauh mana anda mahu membantu lebih ramai menjana income. Alhamdulillah kak ann berada di Ana Edar untuk tidak mudah mendabik dada dan merasa puas dengan kejayaan yang sekecil ini,

Ketahuilah menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik bukanlah untuk pujian dan ianya bukanlah SYURGA HAKIKI, kerana apa yang anda perlu hadap adalah lebih daritu.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing

Tujuan kak ann cerita ini semua? Sekali lagi ini bukan kejayaan hakiki kerana yang hakiki adalah di akhirat sana, izinkan kak ann buat lebih banyak saham akhirat. Jemput anda bersama yang mahu bermula dari 'kosong' hinga banyak angka kosong sbg income.

Bersama anda juga untuk tambah saham akhirat dimana harta dan imbuhan infiniti yang tidak ternilai.

012 9321 366. 
Raihan Noordin




Wednesday 15 March 2017

ENTRI 65: BERNIAGA TANPA HALA

TEKS:RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORIN

Berniaga TANPA hala.

----
Berniaga tanpa halatuju sama seperti berlayar tanpa layar,
Kapal tetap terapung dan bergerak
Angin tetap menghembus kapal
Ombak tetap menolak kapal
Nakhoda Seronok leka dalam kapal,
selesa kerana tak perlu buat kerja
Kapal tetap bergerak...
Nampak kapal seolah menghala ke satu arah
Nampak kapal seperti membawa ke destinasi
Nakhoda terus tersenyum, Lega,,,,,
Sehinggalah , kapal terhantuk batu pantai<
nakhoda tersedar, mula bertanya
eh dimana aku<
kapal dah bocor,
Alamak takutnya aku
Kapal sudah terdampar di pulau tanpa penghuni...
Akhirnya nakhoda lemas atau hidup di pulau 'TANPA MAKNA"
PELAYARAN yang SIA-SIA....
Buatlah target! nampak remeh, tapi itulah LAYAR anda! Berniaga santai? Buatlah Target Santai asal ada destinasi ada tujuan,
jangan jadi manusia TANPA LAYAR itu manu-sia(hidup sia-sia)

Thursday 23 February 2017

ENTRI 64: KEKAL POSITIF

TEKS : RAIHAN NOORDIN
VIDEO : RAIHAN NOORDIN

Sudah hampir 2 minggu lebih kak ann tergendala update blog ini. Sangat banyak input yang mahu dikongsi. Seringkali setiap hari didengari rungutan dan keluhan samda dari orang yang kita kenal mahupun tidak rasa down sedih marah dan macam macam lagi sampaikan kita yang mendengar pun terasa peritnya.


Mahu tahu bagaiman kita boleh latih minda dan fikiran supaya kekal positif dan kurang tekanan setiap hari? Pagi tadi sempat kak ann buat video ini .

#RakanNiagaDiPelawa

Monday 6 February 2017

ENTRI 63: 3 MODAL ASAS BERNIAGA

CATATAN: RAIHAN NOORDIN
FOTO       : RAIHAN NOORDIN

Ramai menyangka untuk berniaga adalah  'wang'. Modal duit merupakan perkara pertama yang berlegar di fikiran setiap kali mahu meulakan perniagaan. Cuma nak kongsilah disini, selama kak ann berniaga 4 tahun ni, dan merekrut lebih 100 orang rakan rakan niaga dibawah team QRNC sudah pelbagai sifat dan pelbagai gaya. 100 orang 100 lah kepalanya,100 lah perangainya dan caranya. Agak-agak? hehe.


Bagi kak Ann, yang juga sudah bekerja makan gaji , berkerjaya sebagai pensyarah dari jawatan 'fresh' hinggala pengurus unit kaunseling di lima institusi swasta melihat perkara ini sama saja cabarannya. Maksudnya di tempat kerja juga anda perlu kental 'mengurus' manusia. Bezanya bila berniaga pendapatan kita , kita yang tentukan, di tempat kerja boss yang tentukan. hehe Ini antara sebab kak ann masih di lapangan ini.


MODAL SIKAP/ATTITUDE
------------------

Attitude yang betul untuk usahawan ada banyak. Tak tersenarai rasanya. Tapi yang paling utama kak ann nampak, orang berniaga perlu ada sikap positif dan tidak mudah ditiup angin bak lalang. Heee maksudnya. Sikap fokus pada 'APA PERLU BUAT" dan "DIMANA AKU SEKARANG" itu lebih penting.

Tidak mudah termakan kata kata negatif dan jelekan dari sesiapa pun walaupun keluarga sendiri. Kental dan mahu belajar memperbaiki cara berfikir dan kuasa tindakan yang cepat dan besar!.


MODAL MASA
-------------

Tidak ada didunia ini anda mahu dapat sekelip mata. Sungguh pun mee maggie itu 'instant' tapi masih perlu usaha anda untuk beli dan bangun masukkan air panas tunggu selama ;3minit!. Berniaga juga perlu modal masa. Sebelum berniaga anda boleh tidur jam 10malam bangun jam 6 pagi apabila berniaga sedikit perubahan masa amat penting. 30minit tidur lewat dan 30minit bangun awal nampak modal masa yang kecil tetapi mampu memberi impak yang optimum jika dibuat dengan istiqomah.

Masa bersama keluarga akan berubah, kualiti masa bersama keluarga perlu diselenggara dengan mesra. Namun untuk mendapatkan kata sepakat ini pun ia juga perlu MASA! ya masa untuk anda sendiri bersedia dan menyesuaikan diri dengan rutin dan pengorbanan masa , apatah lagi pasangan dan anak. Mereka perlu masa!.

Jangan ambil mudah modal ini, jika anda gagal menyelenggara modal masa makanya bisness anda tidak akan kemana2! anda kecewa!

Image may contain: 3 people, people smiling, sky and outdoor

MODAL SIHAT TENAGA/MINDA
--------------------

Sangat penting sampai ramai yang terpaksa mengabaikan. Arwah ibu kak ann seorang usahawan kuih muih tradisional yang kak ann anggap berjaya. Sebulan boleh mencecah ribuan biji kuih yang dia masak sendiri terjual. Jarang jarang sangat tak habis kuih. Belum masuk bulan ramadhan pendapatan boleh mencecah ribuan ringgit. Namun kesihatannya sangat sangat terjejas. Kurang tidur dan pemakanan harian yang tidak terjaga, makan ikut sempat dan banyak pengambilan makanan manis manis memberi pengajaran dan impak besar buat kak Ann .

Bila anda senang letih, kerap sakit apa pula minda . Biasanya minda berserabut, manakan nak fokus pada strategi pemasaran, nak menjenguk fon pun apatah lagi bukan?.

Apabila fizikal kita bertenaga, cergas kesana sini, minda sihat dan bertenaga untuk fokus barulah idea mencurah-curah. Banyak idea pemasaran akan datang dan tuturkata dan tindakan anda akan kemas dan membuahkan hasil.

Sebagai usahawan walaupun online kita tidak boleh selesa hanya didepan skrin telefon atau laptop. Perlu aktif bermasyarakat dan mengikuti kelas dan training yang berlambak lambak diluar. Biar penat permulaan kerana ilmu tidak akan pernah mengecewakan.

Salam Usahawan Hebat! Bertanding dengan diri sendiri, Berfikir, merasa, bertindak berbeza dari semalam.

p/s: Rakan Niaga tanpa modal masih dibuka.Pengambilan terhad 10 orang untuk dilatih,
whatsapp 012 9321 366

Friday 3 February 2017

ENTRI 62: KERAMAT BISNESS

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN

Servis Perkhidmatan yang Cekap itulah keramat bisness.

Servis yang bagus adalah keramat bisnes. Mereka akan terkenang perasaan senang hati berurusan dengan bisnes kita. Servis yang bagus tidak boleh terhenti di peringkat pemilik bisnes sahaja tetapi perlu berlaku di setiap peringkat lebih-lebih lagi bahagian depan bisnes yang berurusan secara terus dengan pelanggan.

Pelanggan atau klien yang gembira akan sentiasa kembali berurusan dengan bisnes kita.Dalam bisnes Qaseh kak ann belajar bermual bagaimana menurunkan ego, berhati lembut, dan bersabar dalam keadaan kita seharian tak makan, atau mungkin tak cukup tidur dua malam. 


Apa jua situasi, sebagai penjual mahupun konsultan adalah perkara yang sangat penting kita bayangkan pelanggan adalah dalam keadaan 'suka dilayan'. Dilayan bermaksud mendengar luahan, memberi 'eye contact' yang baik dan intonasi bahasa dan suara yang mesra.

Dibawah resepi keramat bisness yang kak ann belajar :
------------

1) Beritahu jelas waktu anda beroperasi cth COD, Terima kasih puan saya memang bersedia untuk hantar tapi selepas jam 10malam tiada COD ya puan 𝨾 (emoji sangat penting tau. )

Image may contain: 1 person, standing

2) Biasakan jawab pm dan pertanya pelanggan dengan segera , jika tak sempat. usahakan " saya mohon masa skjap ya puan, nanti saya balas puan semula"

3) Pastikan semasa berjumpa pelanggan atau agent bawahan anda , anda tarik nafas panjang dan senyum...... jika tidak boleh lebih baik beri mesej maaf untuk berjumpa pada masa yang lain.Janganla jumpa waktu baru lepas merajuk dengan suami ke isteri, ehehe auranya tak bagus. 

Image may contain: 2 people, people smiling

4) Hindari COD atau berurusan bersama pelanggan dengan 'tentera', Maksudnya jika ada peluang elak bawa anak-anak. Jika tak boleh pastikan terkawal. Ini mengganggu kredibiliti anda. 

5) Pastikan sambil berurusan bersembang dengan 'input' manfaat tetapi santai.

Image may contain: car and outdoor
Pengurus Pemasaran Wilayah
Ana Edar
012 9321 366