Tuesday 23 August 2016

ENTRI 30: Ekonomi Stabil . Keluarga Berkualiti

TEKS :RAIHAN NOORDIN
FOTO: RAIHAN NOORDIN


Dalam pada kak ann menunggu dan melayan sikecil ni tidur, terima whatsapp dari salah seorang peserta POWER LEADING baru baru ni. Katanya tak puas sebab tak sempat nak minta kak ann tengokkkan lukisannya,

Dalam terapi seni, kak ann bukanlah orang yang paling layak, tetapi untuk tunggu kak ann layak sehingga ke peringkat sepatutnya kak ann takkan beri peluang pada diri untuk berlatih dan beri sumbangan pada masyarakat,

Moga moga Allah swt beri ilham dan bimbingan pada kak ann untuk bantu semampu mungkin. Kak ann masih teruja dan rasa termotivasi dengan semangat dan kegigihan rakan rakan di POWER LEADING yang 100% nya adalah kaum ibu.


They are all fighters!!Merekalah isteri, merekalah ibu dan merekalah juga 30-80% adalah punca rezeki. Dengan keadaan ekonomi yang mendesak dan keperluan anak anak dan sara hidup yang sangat menyesakkan dada, sekadar segulung ijazah dan bekerja makan gaji atau mempunyai perniagaan enterprise ianya hampir mustahil untuk mendapat kehidupan yang berkualiti.

Kajian menunjukkan lebih 70% faktor penceraian di Malaysia adalah disebabkan faktor kewangan. Dan lebih 70% masalah sosial dikalangan anak anak remaja adalah disebabkan keluarga yang bermasaalah.
bersama sebahagian team agent Kota Bharu. 


Bagi kak ann sebagai kaunselor terpanggil bukan sahaja membantu secara emosi dan psikologi tetapi juga membantu dari segi peluang menjana pendapatan sampingan. Bertemu dengan Ana Edar dengan sistemnya yang sudah kukuh lebih 30tahun dan produknya yang seiring dengan keperluan jasmani dan rohani serta falsafah Baraqah Practice yang patuh syariah membuatkan kak ann tidak perlu mencari cari paltform lain lagi buat masani untuk sama sama menjana pendapatan bersama sama agent yang juga sukakan falsafah yang sama.

Alhamdulillah terima kasih Ana Edar. 

No comments:

Post a Comment