Wednesday 24 August 2016

ENTRI 31 : Ilmu itu MAHAL.

TEKS ; RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Pagi ni kak ann sibuk meeting atas talian tentang perancangan kelas POWER LEADING 2 dan 3 di KB dan JB nanti.

Pengorbanan harus ada demi membantu perkembangan jemaah, Cabaran yang pertama adalah untuk meyakinkan semua peserta yang pengorbanan mereka keluarkan kos duit masa dan tenaga adalah berbaloi.


Doakan kak ann dan team leader boleh yakinkan dan bantu mereka dengan hati yang ikhlas dan lapang kerana Allah swt. Moga Allah swt murahkan rezeki kak ann sekeluarga dalam pelbagai bentuk. Lembutkan hati suami moga dia juga faham perjuangan dan minat kak ann dalam bidang ini.

Ilmu itu sangat mahal harganya, bukan kerana siapa yang mengajar, bukan kerana level mana ilmu itu(ijazah , diploma, master) tetapi mahalnya ilmu itu kerana Dia hanya beri hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki sahaja,


Moga Allah swt berikan hidayah dan cahaya petunjuk kepada bakal bakal peserta (tidak tahu siapa mungkin anda??) untuk hadir dan mengizinkan ia bermanfaat bukan sahaja buat mereka tetapi keluarga dan masyarakat.

Allah ampuni aku, jauhkan aku dari sifat takabbur dan sombong.Jadikan aku hambaMu yang bersyukur..


Alhamdulillah selesai meeting sampai di meja ada lagi rezeki yang dikongsi...siapalah agaknya sudah 2 hari berturut. Meh jemput makan. Nasi air dingin. 


Hamba Allah 
Pejuang Ilmu Jiwa
Stokis Qaseh

No comments:

Post a Comment