Saturday 13 August 2016

ENTRI 16: THE "NEW ME"

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Assalamualaikum, alhamdulillah kak ann dah separuh hari di UTM skudai, menghadiri kelas usahawan dari Ana Edar Sdn Bhd yang di sampaikan oleh Pengurus Besar Pemasaran Cikgu Rosman. Sebagai stokis dan leader kepada hampir 50 agent aktif seluruh Malaysia penting untuk kak ann sentiasa upgrade ilmu dan bantu agent-agent secara personal.

Alhamdulillah setiap kali hadir kelas setiap kali itulah kak ann akan rasa sangat sangat teruja dan yang paling best setiap kali itulah rasa sangat FRESH dan seperti "NEW ME". Rasa semangat baru, minda baru, niat baru, tindakan baru.

Nak juga kak ann kongsikan apa yang terus terkesan di hati, dalam sessi pagi tadi. Kata  Cikgu Rosman dalam Ana Edar  Baraqah Practice adalah tunggak utama dalam memastikan bisness kekal lama dan berterusan. Konsep yang di ketengahkan adalah:

T I(i) 7

TAKWA : dalam apa jua yang kita kerjakan rasa takut pada Allah dan merasakan setiap yang kita lakukan Allah perhatikan itu adalah WAJIB ada.

ILMU     : Sentiasa upgrade ilmu, perbaiki kelemahan, dan kuasai pelbagai cabang ilmu. Sebagai pengedar dan konsultan seharusnya ilmu harus tiada penghujung kerana tanggungjawab sebagai konsultan adalah memberi info yang tepat kepada klien.

IBADAH : Berniaga adalah ibadah, membantu aget agent menambah pendapatan keluarga ada;ah ibadah, mengajar dropship cara berniaga adalah ibadah.

IKHLAS : Usaha, penat lelah, korbankan masa tenaga, membantu agent dan dropship yang tidak tahu berniaga, semuanya itu perlu dilakukan dengan ikhlas. Makanya setiap usaha jika dilakukan untuk sesiapa ia tidak meletakkan balasan.

ITTIBA : Membuat sesuatu perkara dengan berdasarkan rujukan yang sahih.

ITQAN: Belajar berniaga, cuba mempromosi, buatlah dengan bersungguh-sungguh dan cermat. Bukan sambil lewa.

IKHWAN:Rezeki datang dari persaudaraan, bersilaturrahim. Bersilaturrahim dengan  customer, agent dan dropship menjadi salah satu prinsip yang ditekankan.

ISTIQOMAH :Konsisten dalam usaha, dalam menunt ilmu, dalam memasarkan produk, mengajar dan berkongsi adalah antara yang signifikan untuk kak ann dan team applikasikan.

IHSAN : Berqaseh sayang dan berihsan sesama rakan niaga, sesama agent, sesama klien juga sangat penting.

Apakah MLM patuh Syariah (Ana Edar Sdn Bhd)

NIAT seharusnya kerana Allah swt.
tetapkan matlamat. cth niat solat , sahaja aku solat 4 rakaat kerana Allah Taala,

DAI'E, , menyampaikan. Menyampaikan apa yang baik dan bermanfaat. Sebagai konsultan dan agent kita adalah juga Da'ie.

MUAMALAH : Jaga tutur kata, posting, yang mengajak kepada bisnes patuh syariah dan produk halalan toyiban mubarakan adalah ibadah.

JIHAD BISNES : sihat itu jihad , jihad gandakan manfaat

KEBAIKAN/MANFAAT FPRODUK, klien mendapat manfaat maka kita juga mendapat pahala.

SUMBER REZEKI baraqah  baik untuk diri dan keluarga.

Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa memberi petunjuk pada kebaikan, maka ia akan mendapatkan oahala seperti pahala orang yang mengikuti ajakannya tanpa mengurangi pahala merek sedikit pun juga"


"Barangsiapa yang memudahkan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan niscaya akan Allah memudahkan baginya di dunia dan akhirat"..

(HR. Muslim).
ini Sahabat Kak Ann , Ida namanya


wah wah.Sarat dah otak rasanya tapi semangat sangat BARU, semakin banyak idea idea baru yang hadir, semakin jitu semanngat untuk membantu makin ramai.

Doakan kak ann dan team istiqomah dan suksess ya.
Anda yang berminat sama-sama dengan kak ann meneruskan jihad bisness ini boleh click sini. nanti kak ann akan hubungi anda ya.


Stokis Qaseh

No comments:

Post a Comment