Tuesday 27 December 2016

ENTRI 52 : Dihina dan merawat rasa sakit bila dihina

CATATAN : RAIHAN NOORDIN
TEKS : RAIHAN NOORDIN


SAKIT ITU FITRAH!

Bila dihina kita akan merasa sakit, lebih lebih lagi apabila ia datang dari orang yang terdekat dengan kita, yang kita sayang.

Bila tangan terkena pisau, terhiris dan berdarah ia sangat pedih dan sakit. Sepantasnya kita beli ubat bersihkan luka dengan penuh hati2 dan sapukan ubat balut dengan teliti. Perasaan sakit terhiris itu rasa lega sedikit yang tinggal hanya sakit fizikal yang kita yakin akan sembuh nantinya.

Bila sakit kepala akibat tidak cukup tidur, kita mula mencari panadol dan selepas menelan dan meneguk air , emosi kita rasa lega sedikit kerana tahu yang sakit itu akan pergi. Sakit itu biasa,

Perut yang ditendang, muka yang ditampar, terkena tusukan ataupun pukulan jaga goresan pedang pasti memunculkan rasa sakit. Rasa sakit itu tidak diajar melalui proses pendidikan dan pembelajaran.

Apabila kita dihina, pasti rasa sakit muncul dalam hati kita. Apabila kita difitnah, pasti muncul rasa perit yang mencucuk jiwa.

Rasa sakit itu bersifat semula jadi dan fitrah.

Image result for hidup kerana allah

Begitu juga rasa sakit yang mendera hati, batin dan perasaan.
"Membalas keburukan dengan keburukan adalah kehinaan atas kehinaan. Darjat orang yang demikian adalah rendah, sama sahaja seperti membalas kedengkian dengan kedengkian.

Perkara yang melatari perkara itu adalah dendam dan bukan menegakkan keadilan.

Membalas keburukan dengan keburukan memang dapat membahagiakan hawa nafsu, Tetapi membalas keburukan dengan kebaikan adalah kemenangan manusia dihadapan manusia lain dan di hadapan Allah"

Makanya cukuplah untuk membalas, kerana membalas itu bukan sahaja menghina diri sendiri tetapi hanya membuang masa. Orang yang tidak membalas keburukan dengan keburukan bukanlah hipokrit tetapi orang yang membalas keburukan dengan kebaikan adalah lebih mulia dan menang hakiki.


Maafkan orang lain itu seolah olah nampak lemah, walhal itulah kekuatan hakiki yang lebih hebat dari tajamnya mata pisau.☺❤

JIHAD SABAR.

#PENGUMUMAN
PROMOSI HUJUNG TAHUN RAKAN NIAGA DARI RM670 KE SEKARANG RM181 SAHAJA.#0129321366

No comments:

Post a Comment