Sunday, 25 December 2016

ENTRI 51 : 3 sebab mengapa kita sering 'DOWN'

Teks : Raihan Noordin
Foto : Google

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatuwassala mula ashrafil anbiya iwalmursalin,
waala alahi wasahbihi ajmaiin.

Malam ni, sambil santai dengan suami dan anak, kak ann nak teruskan catatan ini moga moga bermanfaat. Seringkali bila kita sedang berusaha melakukan sesuatu akan ada halangan dan ujian bukan?

Jaranglah biasanya semua terus teratur dan sempurna yang sepertimana kita kehendaki. Dan akhirnya ada satu ketika itu kita akan merasakan 'down' lebih lebih lagi bila usaha yang kita kerjakan bertungkus lumus mengorbankan tenaga dan masa malah mungkin wang ringgit terbuang begitu sahaja.

Wah aduh sedih dan down. Disertai pula dengan kata kata negatif dari orang sekeliling yang juga membuatkan kita sendiri rasa sangat hina, 'useless', dan 'looser'. huk huk,

3 faktor yang kak ann nak kongsi dibawah adalah antara yang sering juga didengari dari pemerhatian kak ann:

1) TUMPU MASAALAH.

Apabila kita terlampau menumpukan pemerhatian , fikiran dan perasaan pada masaalah sepanjang masa kita akan mula banyak 'complaint'. dan banyak keluhan,Bila banyak keluhan dan complaint minda kita akan di'block' untuk melihat jalan penyelesaian dan rasa sesak dada buatkan kita rasa letih emosi dan fizikal kita akan lemah. 


Tiada energi untuk melakukan tugas harian dan akan membawa kepada serba tak kena semuanya. 


TIPS : FOKUS PADA JALAN PENYELESAIAN , 
tanya 'apa aku perlu buat' berbanding dengan ' kenapa ini berlaku' 



2) MELIHAT PESAING SEBAGAI MUSUH


Lumrah biasa , seringkali bila ditempat kerja mahupun di dalam perniagaan kita tidak akan dapat lari dari menilai pesaing kita. Melihat dia berjaya lebih dari kita, sales nya lebih laju dari kita buat hati rasa tak senang dan cemburu!. Akhirnya kita rasa ' eh ini tak boleh jadi ni! kenapa dia boleh buat sales sedangkan aku pun buat strategi yang sama;. Timbul rasa irihati dan sakit sehinggakan mengalih fokus dan niat sebenar kita kenapa kita bekerja/berniaga. 


TIPS : LIHAT PESAING SEBAGAI'PARTNER'. belajar melihat pesaing sebagai rakan niaga/kerja yang juga sama sama berjuang dan berjihad untuk manfaat sendiri dan masyarakat. Sama sama mahu meng'upgrade' diri ke satu tahap seterusnya. Lihat pesaing sebagai medan belajar. Belajar dari kelemahan dan kekuatan mereka. Jika mereka berjaya sama sama rasa syukur dan jika susah sama sama berdoa kebaikan masing-masing.


3) TAKUT MAHU UBAH RUTIN

Faktor seterusnya, bila kita sentiasa selesa dengan rutin yang biasa, berada dalam comfort zone membuatkan kita sangat sangat sukar menerima perubahan. Apabila yang dirancang berubah sedikit kita sudah cepat melatah dan panik! terus down !. walhal jika kita terbuka untuk bersedia bila bila masa merubah rutin biasa kita akan lebih mudah melihat perubahan itu bukan sebagai kegagalan dalam perancangan tetapi peluang

TIPS : cuba ubah rutin walaupun 10min dari kebiasaan rutin 24jam anda sejak 3bulan lepas. Selepas 3bulan upgrade lagi 10min rutin yang baru yang sebelum ini anda tidak pernah lakukan, Pilih rutin bersesuaian dengan target anda samada dalam kerjaya ataupun bisness.

Image result for don't give up

Okay setakat itu dulu yer..nanti sambung moga bermanfaat. Jangan mudah putus asa kerana anda tidak tahu bilakah kejayaan itu tiba,

PENGUMUMAN:

Promosi Qaseh Gold Junior suppement kecergasan anak anak dan IGE gula gula cerdik masih berlangsung dan berbaki 7hari sahaja lagi.

Qaseh Gold Junior : Harga Asal RM66 promos RM61
IGE : Harg asal RM75 promosi RM65.

PROMOSI daftar agent serendah RM181 (asal RM235)
SAH sehingga 31 Disember SAHAJA
Berminat http://raihannoordin.blogspot.my/p/blog-page.html

012 9321 366