Monday 7 November 2016

ENTRI 48 : ORANG PANDAI VS ORANG BODOH

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN



Allahummasolliala sayyidina muhammad!
Waalasayyidina muhammad.


Salam isnin semua! Kak Ann, teringat pada penulisan Psikologi Islami karya Prof Dr. H. Jalaluddin.
Ingatan Syeikh Abdul Qadir al-Jelani buat kita:-

Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."




Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya.


Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Sebab tu setiap kali kita berjumpa dengan sesiapa yang mahu berkongsi ilmu menjadi ingatan pada semua termasuk kak ann utk tidak mudah menghakiminya,

"eh dia ni takdelah pandai sangat,"

"eh betul ke apa dia kata entah entah pakai hentam je"



Apatah lagi jika kita bertemu dengan seseorang yang kurang pandai, semua benda dia tak tahu.



'ish dia ni benda simple pun bengap'

'apala dia ni tak reti malu ke, perkara asas pun masih tak faham faham bahasa'

kerana kita atau dia yang pandai atau bodoh belum tentu pengakhiran mati itu bagaimana.

gambar hiasan : putrajaya



#MovingForward
#QasehGold
#YourQasehGoldEXpert
#YourPsychologist

012 9321 366

No comments:

Post a Comment