Wednesday 26 October 2016

ENTRI 47 :Sihatkan Personaliti Diri

TEKS : RAIHAN NOORDIN


Dua cara bagaimana hendak memperbaiki personaliti diri.

Pertama, kita kena tahu siapa diri kita dengan cara melihat dan menilai akhlak kita baik atau buruk.
Cermin diri kita untuk melihat kelemahan diri sendiri, bukan kita mengambil kanta pembesar dan kita halakan kepada orang lain untuk melihat dan menilai orang.

Dengan kanta pembesar kita tidak nampak diri kita, dan kanta pembesar hanya menyerlahkan apa yang kita hendak lihat pada dan tentang orang lain sahaja.
Tetapi, dengan melihat diri kita di cermin, kita nampak diri kita dan lagi terserlah kekurangan diri kita.


Ubah akhlak kita yang buruk dengan mengikut akhlak Rasulullah SAW, kerana hanya baginda idola yang terbaik.
Setiap tindakan kita berdasarkan emosi yang ada dalam jiwa kita. Oleh sebab itu untuk membina personaliti yang baik, perlu mencari ilmu, kerana ilmu adalah makanan jiwa kita.



NOTA PAGI UTK DIRI SENDIRI
#StokisQasehSaujanaPutra #shahAlam #Subang

No comments:

Post a Comment