Monday 10 October 2016

ENTRI 45 : Belajar Berniaga Dari Kesilapan

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Alhamdulillah, Allah swt masih memberi ruang pada Kak Ann, hehe sebenarnya dah hampir sebulan blog ini hanya terbuka tanpa penulisan. Tapi tidak bermakna Kak Ann juga 'idle' seperti blog HAHAHAH.

Sebulan yang lepas kak ann dipenuhi dengan tugas hakiki dan cuba mengejar Personal KPI dengan membawa module bisness POWER LEADING dari KL-Perak- Johor Bharu dan yang terakhir adalah SARAWAK.


Dan insyaAllah masih dalam jadual PL di Kota Bharu dan juga Seremban. Selama kak Ann berPL banyak sebenarnya yang kak Ann pelajari. Dan inilah sebenarnya kepuasan yang tiada bandingan. Belajar berniaga bukan sahaja dari sesiapa yang sudah berjaya tetapi juga belajar berniaga dari kesilapan kita dan orang lain.


Layaknya apabila kita tahu itu adalah SILAP makanya kita haruslah jauhi dari mengulangi perkara sama ye tak?!.Jadi disini Kak Ann nak kongsilah apa yang Kak Ann pelajari setakat yang Kak Ann boleh ingat dan semat!

  1. Kak Ann belajar, ramai yang mengikuti rakan niaga bukanlah mereka semata mata mahu income  berjuta, tetapi sokongan moral dan spiritual yang rania rania perolehi dari leader dan jemaah  membuatkan mereka masih berada dalam jemaah dan meneruskan
  2. Persediaan spiritual Kak Ann sendiri perlu kuat sebelum menjalankan sebarang training, jiwa yang tenang dan fikiran yang jelas buat kak ann lebih fokus pada peserta
  3. Rania-rania suka belajar terus secara offline tetapi kekangan masa dan komitmen pada anak anak menjadi faktor utama
  4. Rata-rata rania akan rasa lebih gembira dan berusaha tanpa TAPI jika tahu cara yang tepat bagaimana mendapat sokongan yang baik dr suami (akan diperbanyakkan lagi dalam PL akan datang) 
  5. Module pengurusan rania dan pengurusan dropship atau SOP mungkin diperlukan untuk akan datang
  6. Akhir sekali tetapi sangat penting, next time Kak Ann perlukan 'team' untuk buat POWER LEADING. 




POWER LEADING KL

POWER LEADING PERAK

POWER LEADING JB



POWER LEADING SARAWAK


Apa pun natijah, usaha sekarang adalah penentu akan datang,Moga usaha September membuah hasil pada Oktober . 

Alhamdulillah, selesai setakat ini hampir 80 orang rakan niaga sudah mengikuti PL. InsyaAllah moga akan datang terus bertambah. 

#PsychologyBussiness



No comments:

Post a Comment