Thursday, 25 August 2016

ENTRI 33: You are the Fighter!

Lahirnya dia, bermulut comel, merah bak delima, kulit kuning langsat halus mulus. Di waktu bayi rengekannya sangat 'baik'. Selama maksu ingat sejak lahirnya dia, tidak pula abang nazdri dan kak ema luahkan rasa beban.



Selepas lahirnya kakak yang sulong, tabah dan baik hati pada adik adik dan ummi. Jiwa remaja memang kadang kadang rasa 'membuak' kerana ummi hanya wanita biasa yang juga banyak salahnya. "Maafkan saja".


Si angah menjadi perhatian utama sejak dari tadika, mungkin juga baginya dia tidak diberi perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya berbanding adik adik yang lain, Entahlah, maksu , maklong, mak ndak, ayah, semua rasa terpinga-pinga kenapa agaknya membuatkan dia 'merasa' itu dijiwanya. atau mungkin juga kami salah.


Kak Angah,

Sayang maksu, maklong, makdak , ayah tiada tolok bandingnya, Apatahlagi sayangnya abah dan ummi. Maafkan kami semua jika angah ada terasa kami hanya mencari kesalahan kak ngah, hanya mencari buruknya kak ngah.


Bukan , bukan,,, sebenarnya.

Kak Ngah,

Tahukah, kak ngah kami lihat dari lahir kedunia, dari sebesar tapak tangan, sehingga kak ngah sudah boleh jadi kawan maksu, dan sekarang boleh jadi pembantu maksu. Seronoknya maksu walaupun hanya ada Amshar anak tunggal, tapi tak pernah rasa kak ngah, kak long dan semua anak anak buah lain sama seperti anak maksu sendiri.


Kak Ngah,

Maksu tahu andai maksu mati, (macam arwah abah ke, arwah tokwan ke, arwah tok ke) bukan hanya Amshar yang akan mandikan dan balutkan kain kafan, tapi kak Ngah mesti akan bantu jiruskan, kafankan, dan akan kucup dahi maksu.


Kak Ngah,

Sejauh mana pun kak ngah tersalah atau tersilap ( sebenarnya taklah teruk pun ) maksu, maklong, makdak dan ayah takkan putus asa tegur dan nasihat dan akan buat sesuatu., Never ever !! Sebab maksu sayang dan tak mahu lihat Kak Ngah berada hanya disitu.


Kak Ngah,

Tahukah, kak ngah ada bakat melukis, yang boleh jadi pereke fesyen terkenal, pereka dalaman, buat webtoon yang indah indah karektornya, hebat2 cerita nya, cerita yang berinspirasi, remaja semua akan jadi hebat bila follow karya kak ngah?

Persiapkan diri Kak Ngah, dengan ilmu bahasa Inggeris, dengan ilmu sastera, skill bagaimana menarik pembaca atau pelanggan. Itu semua mesti belajar dari bawah, Manakan kita boleh lakukan dan gunakan semua teknologi jika nama seseuatu istilah itu dalam bahasa inggeris dan kita tak faham.

Kak Ngah,

Harini kak ngah buat maksu, ummi, maklong, makdak gembira sangat. Sebab Kak ngah dah kuat untuk persiapkan diri dengan itu semua, Kak ngah bertindak untuk diri sendiri!, Tahniah,!! pedulikan apa orang kata, anggap saja dia itu batu kerikil di tepi jalan ,, bila di mamah hujan dan panas pasti dia jadi pasir kecil dan debu! Hilang di tiup angin.

TAHNIAH!!! WE LOVE YOU.

Maksu doakan harini adalah hari baru buat kak Ngah dan terus dan terus !! Fight!


Dear Kak Ngah




Maksu
MSU 10pagi