Monday 22 August 2016

ENTRI 28: LIST -TO-DO

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Assalamualaikum salam Isnin, ketua hari bagi hari bekerja. Hari yang biasanya kak ann sangat sangat suka kerana energy bekerja lain macam sikit. Waktu di office memberi ruang lebih berkualiti untuk kak ann menghadap dan fokus pada kerja kerja pejabat dan kuliyyah. Jika dirumah banyak betul godaannya. 

Katil lah, makanlah, tv lah, nak buat itulah nak buat inilah. Ha ha ha kan kan kan?!. 

Harini banyak kerja dari minggu lepas terbengkalai. List to-do kak ann agak berjela jela.  Assignment scripts hampir 50 buah yang perlu ditelaah , test scripts pelajar untuk subjek group counselling dan psychological testing ada lebih kurang 100 scripts. 

Targetnya perlu disiapkan dalam 3 harini. Dalam masa sama tanggungjawab sebagai stokis untuk pastikan belian semua di key in masih belum bermula bulan ini. Fokus kak ann untuk bulan ni dengan persediaan POWER LEADING amat amat memberi impak. Nampak simple tetapi memilih scope dan cara penyampaian yang terbaik memerlukan analisa dan daya kreativiti yang bukan calang calang mudah bagi kak ann. 

Apa List-to-do anda harini??

Antara task peserta POWER LEADING baru baru ini adalah meletakkan rutin baru dalam jadual harian dan mulakan pada harini. Sampai kak ann pun teruja tengok perubahan mereka, Pagi hampir 10 orang sudah mula melakukan rutin baru. Tak acilah rasa cemburu pula bila semua ada rutin baru kak ann tak ada. Hahahaha... 

Baiklah, untuk 2 minggu ini kak ann berazam nak pantau peserta power leading ini menjalani rutin baru mereka secara istiqomah kerana kejayaan itu terselit pada rutin kita seharian, mana mungkin kita mengharapkan hasil yang luarbiasa tetapi rutin pekerjaan kita setiap hari biasa sahaja. 

Moga-moga semua pun Allah swt lorongkan tenaga dan jatidiri untuk meneruskan rutin baru dengan istiqomah!..

InsyaAllah.
Stokis Qaseh




No comments:

Post a Comment