Friday 19 August 2016

ENTRI 26: Resepi Kejayaan Diri "

TEKS :RAIHAN NOORDIN
FOTO RAIHAN NOORDIN


"NAK BERJAYA BELAJAR TANPA HENTI " BUAT TANPA NANTI"



Kejayaan bukan sahaja dari kaca mata material. Mencapai RM berpuluh ribu atau juta. Bila berjaya melawan nafsu dalam diri itu adalah kejayaan yang paling utama dan besar. Bak kunci yang membuka pintu Istana dipenuhi dengan berjuta-juta pintu rezeki.


Minda yang mengatakan "Aku boleh capai" sealari dengan ' keutuhan dan keyakinan dihati" mampu memberi daya lonjakan perbuatan yang lebih luarbiasa dari kebiasaan.

Luarbiasa dari kebiasaan bukan bermakna luarbiasa dari orang lain. Tetapi luarbiasa dari kebiasaan rutin 'sendiri' yang sebelum sebelum ini.

Kesannya kita akan lebih bertanding dengan diri sendiri tanpa sibuk menoleh apa orang lain buat dan mula rasa irihati atau rendah diri. Itu penyakit minda yang membawa kepada tindakan yang tidak istiqomah atau konsisten. Kerana setelah rasa irihati kita mula marah dan protes pada sekeliliang, bila rasa rendah diri "down" lumrahnya mula menyendiri, dan bersedih hati. Kecil dan kerdil.

Membuatkan rasa tindakan sangat lemah dan longlai. Jadilah orang yang berputus asa tanpa rasa bersalah pada diri sendiri.

Bagi yang sentiasa 'bertanding' dengan diri sendiri, mereka tidak mudah down, kerana kita apa yang kita fikir, fikir dan fokus apa yang sendiri perlu lakukan lebih mudah berbanding dengan memikirkan apa orang lain dah buat.


DAY 16- 15th floor

alhamdulillah masih konsisten, Alhamdulillah sole dan Gojes benar-benar membantu mengawal berat badan, of kos exercise pun perlu juga kan!.


StokisQaseh



No comments:

Post a Comment