Friday 12 August 2016

Entri 12: Nasihat Dalam Diam

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Assalamualaikum semua, pagi ini kak ann terkocoh sedikit sebab perlu siapkan 3 perkara lebih dari biasa. Di kampus akan berlangsung majlis Dean's List Award.

Terujakan jika anak anak kita sendiri naik ke pentas terima award? sahabat-sahabat yang sudah mempunyai anak anak yang kian dewasa pastinya ini antara yang terbayang di hati masing masing.

apa pun ramai juga ibu ibu hanya melahirkan dalam 'hati' tidak diekspresikan pada anak anak kerana yakin kecemerlangan itu bukan semata mata pada 'award' .

apa pun yang ibu ibu bayangkan untuk anak anak itu juga adalah doa, katakan dan cita citakan yang baik baik sahaja InsyaAllah ia akan tetap menghasilkan perkara yang positif.

Teringat firman Allah swt dalam buku Al-Ghazali  yang pernah kak ann beli masa menuntut di UIA dulu,

"Barangsiapa yang mengkehendaki dunia dan perhisasnnya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka didunia dengan sempurna dan mereka didunia itu tidak akan dirugikan, Itulah orang-orang yang tidak memperoleh apapun di akhirat, kecuali neraka. Lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan" (11:15-16)

Allahuakbar! Astaghfirullah!! takutnya, Kadangkala kita sebagai ibubapa dengan tanpa rasa sedar meletakkan keduniaan sebagai kayu ukur kebaikan kecemerlangan kejayaan anak-anak.

moga ingatan ini kak ann boleh semat dan applikasikan pada kehidupan kak ann sebagai ibu. Dah banyak tersalah 'kata' dan kununnya 'nasihat' pada anak.
buku pun dah usang hehe tapi best. 



Moga Allah swt ampunkan kak ann dan kita sebagai ibu ibu biasa yang banyak kekurangan,

Wallahualam.

MommyAmshar

No comments:

Post a Comment