Monday 8 August 2016

ENTRI 1 : Salam Ukhuwah dari Hati

Teks : Raihan Noordin
Foto   : Raihan Noordin

Wehuuu!! ..

Upss!sorry terlebih 'excited' bila sudah boleh kembali berblog.

Kenalkan saya Nuraihan Muhd Noordin. Arwah abah ambil nama dari surah Ar-Rahman dimana perkataan 'Raihan' ada di sebut☺😊. Sayang abah mak.(alfatihah).

Dilahirkan pada 15 Mei 1981. Di HKL , makanya anak jati KL lah saya. Anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Orang kata bongsu ni manja kan?!.. Tapi saya ni 360 degree berbeza. Apa yang beza ya??? Ha nanti next entry saya cerita eh.πŸ˜†πŸ˜†.

Diberi peluang dari Allah swt atas usaha suci arwah abah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kl kemudian di SMU (A) Maktab Pengajian Islam Kota Bharu Kelantan (dimana disitu tempat bertemu pasangan kihkih πŸ™ˆπŸ™Š).

Melanjutkan pelajaran di Univ Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Bachelor Hons In Human Sciences (Psychology) minor in Islamic revealed Knowledge. Dan terus menambahkan lagi usia yang ada dalam Master in Educational Counselling di universiti yang sama.

Alhamdulillah hampir 6 tahun mendirikan rumahtangga dikurniakan seorang putera.

Lazimnya bidang pendidikan ni sangat sebati dalam diri. Lantas cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah termakbul sejak 9tahun yang lalu. Sekali lagi Allah swt berikan nikmat yang tak dapat didustai.

Oleh kerana itulah juga walaupun sejak 3tahun lepas sudah berjinak dalam dunia perniagaan sebagai agent Ana Edar saya tetap menerapkan unsur-unsur dan tips psikologi dan kaunseling pada agent-agent di bawah capaian saya.

Eeerrr sebenar benarnyakan tak best bila sebut 'saya' . Sebabnya ada satu nama pangilan lain yang saaaaaangat dekat melekat memikat bagi saya.keh keh....nanti saya share next entri eh.πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜„

Akhir kata, salam ukhuwah dari HatiπŸ’–.
Moga moga silaturrahim terus terikat mati.

Raihan
Psychologist
StokisAnaEdar



No comments:

Post a Comment