Monday 6 February 2017

ENTRI 63: 3 MODAL ASAS BERNIAGA

CATATAN: RAIHAN NOORDIN
FOTO       : RAIHAN NOORDIN

Ramai menyangka untuk berniaga adalah  'wang'. Modal duit merupakan perkara pertama yang berlegar di fikiran setiap kali mahu meulakan perniagaan. Cuma nak kongsilah disini, selama kak ann berniaga 4 tahun ni, dan merekrut lebih 100 orang rakan rakan niaga dibawah team QRNC sudah pelbagai sifat dan pelbagai gaya. 100 orang 100 lah kepalanya,100 lah perangainya dan caranya. Agak-agak? hehe.


Bagi kak Ann, yang juga sudah bekerja makan gaji , berkerjaya sebagai pensyarah dari jawatan 'fresh' hinggala pengurus unit kaunseling di lima institusi swasta melihat perkara ini sama saja cabarannya. Maksudnya di tempat kerja juga anda perlu kental 'mengurus' manusia. Bezanya bila berniaga pendapatan kita , kita yang tentukan, di tempat kerja boss yang tentukan. hehe Ini antara sebab kak ann masih di lapangan ini.


MODAL SIKAP/ATTITUDE
------------------

Attitude yang betul untuk usahawan ada banyak. Tak tersenarai rasanya. Tapi yang paling utama kak ann nampak, orang berniaga perlu ada sikap positif dan tidak mudah ditiup angin bak lalang. Heee maksudnya. Sikap fokus pada 'APA PERLU BUAT" dan "DIMANA AKU SEKARANG" itu lebih penting.

Tidak mudah termakan kata kata negatif dan jelekan dari sesiapa pun walaupun keluarga sendiri. Kental dan mahu belajar memperbaiki cara berfikir dan kuasa tindakan yang cepat dan besar!.


MODAL MASA
-------------

Tidak ada didunia ini anda mahu dapat sekelip mata. Sungguh pun mee maggie itu 'instant' tapi masih perlu usaha anda untuk beli dan bangun masukkan air panas tunggu selama ;3minit!. Berniaga juga perlu modal masa. Sebelum berniaga anda boleh tidur jam 10malam bangun jam 6 pagi apabila berniaga sedikit perubahan masa amat penting. 30minit tidur lewat dan 30minit bangun awal nampak modal masa yang kecil tetapi mampu memberi impak yang optimum jika dibuat dengan istiqomah.

Masa bersama keluarga akan berubah, kualiti masa bersama keluarga perlu diselenggara dengan mesra. Namun untuk mendapatkan kata sepakat ini pun ia juga perlu MASA! ya masa untuk anda sendiri bersedia dan menyesuaikan diri dengan rutin dan pengorbanan masa , apatah lagi pasangan dan anak. Mereka perlu masa!.

Jangan ambil mudah modal ini, jika anda gagal menyelenggara modal masa makanya bisness anda tidak akan kemana2! anda kecewa!

Image may contain: 3 people, people smiling, sky and outdoor

MODAL SIHAT TENAGA/MINDA
--------------------

Sangat penting sampai ramai yang terpaksa mengabaikan. Arwah ibu kak ann seorang usahawan kuih muih tradisional yang kak ann anggap berjaya. Sebulan boleh mencecah ribuan biji kuih yang dia masak sendiri terjual. Jarang jarang sangat tak habis kuih. Belum masuk bulan ramadhan pendapatan boleh mencecah ribuan ringgit. Namun kesihatannya sangat sangat terjejas. Kurang tidur dan pemakanan harian yang tidak terjaga, makan ikut sempat dan banyak pengambilan makanan manis manis memberi pengajaran dan impak besar buat kak Ann .

Bila anda senang letih, kerap sakit apa pula minda . Biasanya minda berserabut, manakan nak fokus pada strategi pemasaran, nak menjenguk fon pun apatah lagi bukan?.

Apabila fizikal kita bertenaga, cergas kesana sini, minda sihat dan bertenaga untuk fokus barulah idea mencurah-curah. Banyak idea pemasaran akan datang dan tuturkata dan tindakan anda akan kemas dan membuahkan hasil.

Sebagai usahawan walaupun online kita tidak boleh selesa hanya didepan skrin telefon atau laptop. Perlu aktif bermasyarakat dan mengikuti kelas dan training yang berlambak lambak diluar. Biar penat permulaan kerana ilmu tidak akan pernah mengecewakan.

Salam Usahawan Hebat! Bertanding dengan diri sendiri, Berfikir, merasa, bertindak berbeza dari semalam.

p/s: Rakan Niaga tanpa modal masih dibuka.Pengambilan terhad 10 orang untuk dilatih,
whatsapp 012 9321 366

No comments:

Post a Comment