Thursday, 2 February 2017

ENTRI 61: 3 TIP BERJAYA BERNIAGA DARI RUMAH

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN



Memulakan perniagaan dari rumah merupakan pilihan yang memang popular terutamanya di kalangan suri rumah professiona. Mempunyai ijazah atau diploma membuatkan jiwa memberontak mahu menyumbang sesuatu pada masyarakat dan lebih lebih lagi ekonomi keluarga bukan.


Bukan sahaja, memulakan perniagaan dari rumah dapat menjimatkan kos overhead berbanding dengan memiliki premis perniagaan sendiri, ia juga dapat menjimatkan masa dimana tidak perlu berulang-alik ke premis setiap hari dan ini menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan pula dapat diluangkan bersama keluarga ataupun melakukan sesuatu yang diminati pada masa lapang.

Ramai rakan rakan niaga dari jemaah kak ann juga demikian, walaupun ada yang sudah pun bekerja tetapi masih mahu menambah pendapatan dengan berniaga diwaktu luar kerja hakiki atau sambil2.


Berniaga atas talian tidak memerlukan komitmen seperti berniaga dipremis dimana anda perlu berada dipremis sepanjang waktu untuk beroperasi. Atas faktor inilah ramai sangat yang berminat dan mampu menjana pendapat lebih ratusan malah ribuan ringgit sebulan.

Selama hampir 4tahun lebih kak ann berkecimpung dalam perniagaan online, baik bermula sebagai dropship, beberapa MLM, affiliate online , trading alhamdulillah kak ann berpeluang belajar dari banyak kesilapan.





Berikut adalah 5 tip dalam memulakan bisnes dari rumah:


1.Lakukan perniagaan yang anda sukai atau dekat dihati


Berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda.Bila perlu fokus lebih dan konsistensi yang sangat tinggi anda perlu gigih. Ini akan sangat mudah dan 'enjoy' bila anda memilih apa yang anda suka.


Dengan melakukan perniagaan yang diminati, kerja yang dilakukan tidak seperti satu “kerja”. Ia akan dirasakan seperti hobi. Pastinya amat memuaskan melakukan hobi sambil menjana pendapatan. Sekiranya anda suka membuat kuih raya, jadiakannya perniagaan dari rumah anda. Sekiranya anda suka pada fesyen, apa kata jual barangan fesyen sempena musim perayaan.




Bagi Kak ann , buat bisnes Qaseh memberi makna mendalam bagi kak ann. Ia memberi impak besar kerana lebih 10tahun kak ann menjaga ibu sakit diebetic, jantung dan kanser. Begitu juga arwah abah. Pengalaman 10tahun keluar masuk hopsital seperti rumah no.2 kak ann membuatkan semangat kak ann membara untuk tidak mahu anak-anak lain derita dan tekanan melihat ibubapa tersayang menderita.








semua ni ada minat untuk buat bisnes Qaseh, luangkan separuh hari cuti wilayah bersama kak ann untuk semak betul ke mereka buat bisnes yang betul dihati 


2.Cari kelainan dalam perniagaan(UniqueSellingPoint)


Menjalankan perniagaan kini adalah agak sengit dengan persaingan yang sihat. Apa sahaja perniagaan yang dilakukan, pastinya terdapat pesaingan dalam industry tersebut. Mungkin persaingan dari perniagaan dari rumah juga, ataupun perniagaan lebih besar. Tidak kira siapapun pesiang anda, cara bersaing terbaik adalah dengan mencari sedikit kelainan yang boleh anda berikan melalui perniagaan anda.


Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual kuih muih ketika musim perayaan yang menjelang tiba, pastinya ramai juga usahawan kuih lain menjalankan perniagaan yang sama dan merupakan pesaing anda. Fikirkan cara bagaimana kuih anda, walaupun jenis yang sama, dapat dibezakan dengan kuih pesaing mungkin dari segi saiz yang berbeza, warna yang berbeza atau pembungkusan yang berbeza.




Jika anda mahu menjual produk orang lain anda akan bersaing dengan agent yang lain. contohnya dalam bisness Qaseh, semua rakan rakan niaga jual produk yang sama. Akan tetapi kami dilatih untuk memberi servis yang berbeza dan menampilkan potensi dan kualiti diri yang berbeza. Industri kesihatan sangat luas, cth seorang rakan niaga kak ann pakar dalam bekam dalam masa sama dia mampu menjual lebih 20btol Qaseh Gold kerana dia mampu memberi konsultasi yang unik bila gabungan ilmu makanan sunnah dan bekam disatukan.

dan banyak lagi contoh lain.





                                                        (TENGAH AJAR USP)



3.Pekhidmatan lebih personal


Kelebihan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah perkhidmatan yang lebih peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menghubungi pemilik perniagaan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih sempurna antara pemilik perniagaan dan pelanggan.


Sentuhan peribadi ini akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kredibiliti usahwan bersama para pelanggan. Seringkali, apabila hubungan antara usahawan dan pelanggan adalah lebih personal dan rapat, pelanggan akan sentiasa menjadikan perniagaan tersebut sebagai pilihan utama apabila memerlukan produk atau perkhidmatannya pada tahun-tahun akan datang.


Bagi usahawan pula, ianya adalah jualan yang berulang dan keuntungan yang berganda dalam jangka masa waktu yang panjang.Di bisnes Qaseh, kebiasaanya dari pelanggan ulangan ini dengan sangat mudah mereka mahu menjadi rakan niaga pula, atas kepercayaan keberkesanan dan teruja melihat jualan yang sangat laju dan kekal berterusan mereka tidak berfikir dua kali untuk mendaftar sebagai rakan niaga. Ia malah lebih menjimatkan untuk belian sebagai agent walaupun hanya amal untuk sekeluarga. ye lah sambil keluarga sihat sambil menikmati bonus bulanan.


Perniagaan Online memerlukan konsistensi dan disiplin, bila semua dilakukan hari hari tanpa jemu rezeki pasti tidak salah alamat!..


Apakah trend pemasaran Internet seterusnya? Jangan hanya tunggu dan lihat, tetapi ambil tindakan sekarang sebelum pesaing anda melakukannya terlebih dahulu.Jangan tunggu ia lebih mudah! Kerana sekarang dah pun sangat mudah!!








Walaupun bisnes online dari rumah, tidak bermakna anda tidak mampu menjadikan pendapatan lebih dari mereka yang mempunyai servis 



Pengurus Wilayah Selangor
Nuraihan Muhd Noordin
012 9321 366