Wednesday, 17 August 2016

ENTRI 23: BELAJAR BERNIAGA , KISAH SI ANAK KERANG

TEKS: RAIHAN NOORDIN
FOTO:GOOGLE


Kisah Si Anak Kerang.

Suatu hari si anak kerang mengerang kesakitan. Rimbunan pasir pasir tajam datang menyucuk badannya yang lembut. Maka merintih anak kerang pada ibunya.

Maaf anakku tuhan tidak menjadikan kita dunia sikerang mempunyai tangan,makanya ibu tak mampu menolong menguis buang pasir tajam itu dari tubuhmu. Gunakanlah lendir tubuhmu membaluti pasir itu. Hanya itu yang mampu kita buat.Terimalah dengan kuat semangat dan tabah. Ia sebahagian hukum alami yang Tuhan mahu kita tempuhi.

Si anak kerang akur.Bertahun tahun menahan dan menggunakan lendir tubuh untuk menahan kesakitan. Tanpa disedari pasir terkumpul menjadi butiran keras makin bersinar makin lama makin besar dan sangat indah. Si anak kerang makin merasa yang sakit berkurang malah berbaloi kerana sebutir mutiara indah terhasil...





Kisah ini sangat sinonim semasa kak ann baru baru berjinak untuk berniaga. Cabaran dari dalam diri, seeprti malu, kawan tak suka, nanti tak laku, takkan belajar tinggi pun nak berniaga dan macam macam lagi cabaran dan dugaan. Kisah ini buat kak ann benar-benar terpanggil untuk terus kuat dan tabah dan sebenarnya di hujung nanti pasti akan ada keindahan dan kecemerlangan. Amin.

Doakan kak ann dan team istiqomah ya

#CeritaQaseh.