Monday, 15 August 2016

ENTRI 20: AISKRIM

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Bad day , pagi-pagi suami bantu COD di KLIA2, cabaran bila COD fenomena biasa timing masa akan lari. Dari malam tadi en suami pesan berkali kali "kunci jam 5pagi nanti terlambat orang nak naik flight dan shaf perlu letak kereta di hangar dan kejar bas ke tempat kerja jam 7pagi"

hahahah sekali adik ni terlewat sampai dan jadi cerita mungkin tak biasa dia tunggu di dalam sedangkan en suami dan terkebil-kebil dipintu luar sebab parking diluar tak boleh tinggal lama, terjadilah edisi calling meng'calling , suami call tak dapat, kak ann call pun tak dapat,dan en suami terlewat kejar bas dan untuk ke kerja, kui kui kui,,,

Apa pun alhamdulillah akhirnya settle dengan cabaran emosi yang agak tegang hahaha. Alhamdulillah apa pun itu sedikit saja cabarannya.

Kak ann dirumah lepas settle barulah terkocoh kocoh kejutkan si amshar ke sekolah, jam dah 7.30 lewat amat dah. akhirnya sampai di office lambat 18min, sesmpai di office baru perasa rupanya laptop tertinggal. Huwaaaarghhhh ahahaha, apa lagi patah balik kerumah dan ambil.

Rentetan itu, harini antara hari 'bad day'...tapi....

sesampai sahaja buka pintu office..."Raihan nah aiskrim special untuk you'! ..wow...akhirnyaaa something has made my day!!!

Taraaaa kiut kan?! ini aiskrim dalam buah epal hijau. Pelajar yang buat untuk tugasan kelas 'art and craft'.

buah epal hijau dan sebatang kayu manis.

Tu lah cerita harini.Kadangkala Allah swt beri kegembiraan dalam ujian, hanya untuk melihat sejauh mana kita bersyukur...


blur blur lagi muka,hahahah




Madam Raihan