Showing posts with label agent. Show all posts
Showing posts with label agent. Show all posts

Sunday, 25 December 2016

ENTRI 51 : 3 sebab mengapa kita sering 'DOWN'

Teks : Raihan Noordin
Foto : Google

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatuwassala mula ashrafil anbiya iwalmursalin,
waala alahi wasahbihi ajmaiin.

Malam ni, sambil santai dengan suami dan anak, kak ann nak teruskan catatan ini moga moga bermanfaat. Seringkali bila kita sedang berusaha melakukan sesuatu akan ada halangan dan ujian bukan?

Jaranglah biasanya semua terus teratur dan sempurna yang sepertimana kita kehendaki. Dan akhirnya ada satu ketika itu kita akan merasakan 'down' lebih lebih lagi bila usaha yang kita kerjakan bertungkus lumus mengorbankan tenaga dan masa malah mungkin wang ringgit terbuang begitu sahaja.

Wah aduh sedih dan down. Disertai pula dengan kata kata negatif dari orang sekeliling yang juga membuatkan kita sendiri rasa sangat hina, 'useless', dan 'looser'. huk huk,

3 faktor yang kak ann nak kongsi dibawah adalah antara yang sering juga didengari dari pemerhatian kak ann:

1) TUMPU MASAALAH.

Apabila kita terlampau menumpukan pemerhatian , fikiran dan perasaan pada masaalah sepanjang masa kita akan mula banyak 'complaint'. dan banyak keluhan,Bila banyak keluhan dan complaint minda kita akan di'block' untuk melihat jalan penyelesaian dan rasa sesak dada buatkan kita rasa letih emosi dan fizikal kita akan lemah. 


Tiada energi untuk melakukan tugas harian dan akan membawa kepada serba tak kena semuanya. 


TIPS : FOKUS PADA JALAN PENYELESAIAN , 
tanya 'apa aku perlu buat' berbanding dengan ' kenapa ini berlaku' 



2) MELIHAT PESAING SEBAGAI MUSUH


Lumrah biasa , seringkali bila ditempat kerja mahupun di dalam perniagaan kita tidak akan dapat lari dari menilai pesaing kita. Melihat dia berjaya lebih dari kita, sales nya lebih laju dari kita buat hati rasa tak senang dan cemburu!. Akhirnya kita rasa ' eh ini tak boleh jadi ni! kenapa dia boleh buat sales sedangkan aku pun buat strategi yang sama;. Timbul rasa irihati dan sakit sehinggakan mengalih fokus dan niat sebenar kita kenapa kita bekerja/berniaga. 


TIPS : LIHAT PESAING SEBAGAI'PARTNER'. belajar melihat pesaing sebagai rakan niaga/kerja yang juga sama sama berjuang dan berjihad untuk manfaat sendiri dan masyarakat. Sama sama mahu meng'upgrade' diri ke satu tahap seterusnya. Lihat pesaing sebagai medan belajar. Belajar dari kelemahan dan kekuatan mereka. Jika mereka berjaya sama sama rasa syukur dan jika susah sama sama berdoa kebaikan masing-masing.


3) TAKUT MAHU UBAH RUTIN

Faktor seterusnya, bila kita sentiasa selesa dengan rutin yang biasa, berada dalam comfort zone membuatkan kita sangat sangat sukar menerima perubahan. Apabila yang dirancang berubah sedikit kita sudah cepat melatah dan panik! terus down !. walhal jika kita terbuka untuk bersedia bila bila masa merubah rutin biasa kita akan lebih mudah melihat perubahan itu bukan sebagai kegagalan dalam perancangan tetapi peluang

TIPS : cuba ubah rutin walaupun 10min dari kebiasaan rutin 24jam anda sejak 3bulan lepas. Selepas 3bulan upgrade lagi 10min rutin yang baru yang sebelum ini anda tidak pernah lakukan, Pilih rutin bersesuaian dengan target anda samada dalam kerjaya ataupun bisness.

Image result for don't give up

Okay setakat itu dulu yer..nanti sambung moga bermanfaat. Jangan mudah putus asa kerana anda tidak tahu bilakah kejayaan itu tiba,

PENGUMUMAN:

Promosi Qaseh Gold Junior suppement kecergasan anak anak dan IGE gula gula cerdik masih berlangsung dan berbaki 7hari sahaja lagi.

Qaseh Gold Junior : Harga Asal RM66 promos RM61
IGE : Harg asal RM75 promosi RM65.

PROMOSI daftar agent serendah RM181 (asal RM235)
SAH sehingga 31 Disember SAHAJA
Berminat http://raihannoordin.blogspot.my/p/blog-page.html

012 9321 366



Sunday, 4 September 2016

Entri 40: 3 Tips Kekal Momentum Apa yang Kita Buat!

Entri : Raihan Noordin
Video : Raihan Noordin

Assalamualaikum..

Blog kalini kak ann bersiaran dari Zoo Negara sambil bawa amshar jalan jalan







Kak ann teringat dua tiga wassap yang kak ann terima dari agent agent yang baru bermula ,cabaran dan halangan pastinya ada walau apa jua yang kita lakukan.

Termasuklah dalam bisness Qaseh Gold. Alhamdulillah dengan rendah hati kak ann nak berkongsi

3 Tips Utama untuk kekal berniaga



 =====

Oklah kak ann nak sambung jalan jalan .
Bye bye ☺😊

StokisShahAlam
0129321 366

Thursday, 25 August 2016

ENTRI 34: Minggu Gaji

Minggu Gaji,


Biasanya dikala begini stokis stokis dan agent agent qaseh gold akan dilanda Tsunami Qaseh,. Order dan pendaftaran agent bertali arus, membuatkan kadangkala terpaksa submit restock sehari 2 kali.


Ini kerana Qaseh Gold yang kak ann sebarkan ni memang di amalkan ramai, kerana Formulasinya yang Mujarab apatah pula harganya yang sangat mampu milik untuk diamalkan sekeluarga. Berbanding dengan supplement lain yang sukar untuk kita konsisten amal sekeluarga kerana harganya boleh mencecah rm300 keatas untuk set Family sedangkan dengan Qaseh Gold jika Set Family hanya sekitar RM200!. Satu family tau, mak ayah dan anak.



Jadinya kak ann dalam kekalutan memenuhi 4jam kelas dan sambil menulis bil bil order dari agent agent seluruh Malaysia.

sambil manage order, Student curik! hahaha


Sebenarnya dah order semalam untuk dipos dan sampai harini. Tapi bila dicongak2 alahai barang yang dipos pun tak cukup , alhamdulillah en suami bantu berkejar ke HQ untuk ambil lagi 3karton.

stok yang sampai dari SAKYNET jam 12 tghr tadi

stok yang en suami ambil di HQ jam 3ptg




Rasanya ini pun bertahan hingga esok sahaja. Doakan Stok tak cukup ya! hahaha boleh ke camtu..

En suami dah ready yang nak di COD  ke sekitar Dengkil petang ni, Sambil sambil ke tempat kerja. Pairwork! memang best!.

Buat Qaseh ni memang merapatkan lagi keluarga, tau! Kami belajar berkomunikasi dan mengahargai satu sama lain dengan lebih baik,

Alhamdulillah,sebab tu lah kak ann seronok buat Qaseh.


StokisQaseh
Agent Diperlukan
012 9321 366


Tuesday, 23 August 2016

ENTRI 29: Rezeki :Nasi Lemak

TEKS :RAIHAN NOORDIN
FOTO :RAIHAN NOORDIN


Nak dekat 10minit kak ann tenung skrin pagi ni untuk completekan entri. Bukan kerana tiada idea, tapi sangat sarat dengan ekspresi, almaklumlah heheh,,,semuanya bagi kak 'hidup' dan punya perasaan.

Apa perasaan kak ann sekarang ye??? hehe biasanya kak ann je yang tanya pada pelajar atau peserta program atau rania (rakan niaga) qaseh. Apa perasaan harini???


Kak ann rasa

list to do minggu ini masih ada, alhandulillah hampir separuh dah siap. Seronoknya, insyaAllah paling lewat harini atau esok boleh siapkan semua marking,



Rasa tenang, minda rasa jelas apa yang perlu buat dan kenapa perlu buat semua ni.


Selebihnya rasa bahagia bila Allah swt masih beri nikmat sihat dan fikiran jelas ilham yang baik untuk bantu team agent agent Qaseh . Pagi ni leader leader Qaseh yang hebat beri kerjasama baik untuk bantu agent agent yang hadir power leading batch 1 tempohari untuk menerukan rutin baru yang lebih luarbiasa.

Seronok dan kepuasan berganda bila lihat mereka seronok berkongsi tentang rutin harian masing-masing tanpa ada paksaan. Allahu, ampunkan dosaku, kelemahanku dan suami , jadikan anak ku anak yang soleh. Segala manfaat ini kak ann sedeqahkan buat arwah abah hj muhd noordin dan che putih arwah mak. Moga mereka tenang dan bahagia di alam sana .


Nikmat lagi Allah beri, harini kakak kesayangan yang Kak ann anggap seperti ibu sendiri ada dirumah , seronoknya hubungan kami masih akrab dan makin akrab walaupun arwah abah dah takda,

Qaseh sayang merata-rata. Banyaknya qaseh sayang Allah yang dizahirkan dari nikmat dunia,

Dapat pula nasi lemak surprise, bahagianya hati, siapalah agaknya yang bagi.Terima kasih syukur,
Terpaksa makan nasi lemak ni ,,,,rasanya dah 3 bulan kut tak makan nasi lemak pagi2 hehehe.




oklah nak makan dulu heheh.. Bismillah, 

Kak Ann
MSU ShahAlam



Sunday, 14 August 2016

ENTRI 19: MISSION ACCOMPLISHED

TEKS: RAIHAN NOORDIN
WEB: QASEH2U

Sampai sudah dirumah dari JB Jam 12 tengahari tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sempat pekene pulult durian di Gombak tadi sambil sambil beli bateri fon yang baru. Bagi bisness Online macam kak ann ni telefon ni dah menjadi keperluan. Semua urusan berpusat disitu.

Urusan restock agent-agent, urusan pengeposan, coaching group agent dan dropship juga disitu. Anda mesti boleh bayangkan kan betapa telefon itu menjadi punca pendapatan bagi mereka yang berbisness online macam kak ann.

Sesampai dirumah, agent dari kuching dan kelantan submit order, Alhamdulillah hampir 15 botol untuk kedua agent ni,

Sejak kebelakagan ini banyak pula permintaan Premier , Teringat masa study di UIA dulu sempat buat research tentang makanan kegemaran Rasulullah yang membantu daya tahan imunisasi dan juga emosi. Delima dan kurma sahaja pun dan menambat jiwa kak ann.

Di sebutkan dalam kitab Al-Thib Delima ini buah syurga dimana unsur-unsur bahan dalam delima mampu membantu memulih sel sel darah merah. Tak hairanlah yang amal secara konsisten ia dapat memulih mereka yang Thalesemia, HB low, dan tekanan darah rendah. Yang eczema dan sering demam pun bantu.

Sel darah baru dan sihat sangat penting bagi membantu fungsi tubuh yang lain berjalan lancar.
Okaylah kak ann nak kemaskini senarai order untuk pengeposan esok dulu.

Jumpa lagi malam nanti ya InsyaAllah

Konsultan Qaseh
012 9321 366

Thursday, 11 August 2016

ENTRI 10: Antara Karier & Perniagaan

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Tak kenal maka tak cinta,

Sangat sinomin kata pujangga melayu itu dengan apa yang kak ann ceburi sekarang. Masa kecil dulu tak pernah terfikir yang kak ann akan masuk dalam bidang perniagaan, Biasalah orang dulu-dulu jika masuk universiti ada ijazah mestilah nak anaknya kerja besar. Kerja besar maksudnya jawatan besar yang baik-baik, ada office dan pakaian kemas segak kan kan,??hehe, Itulah "mindset" nya bila anak anak masuk universiti.

Dan kak ann pun tidak terkecuali , bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah sejak sekolah rendah. Dan apabila terdedah dengan bidang psikologi di peringkat menengah kak ann semakin yakin bidang ini adalah yang paling dekat dengan jiwa.

Kak ann ingat lagi waktu disekolah menengah PK HEM lantik sebagai pen pengawas, dan di asrama sebagai ketua Aspuri. Hahahaha memang garang, terkenal la Ai memang garang , muka pun serius. cuma apa yang pasti, setiap kali kawan kawan dipanggil di bilik PK HEM mesti ustaz minta kak ann cuba 'slow talk' dengan kawan kawan ni. Kata ustaz ,"saya bukan nak mereka ni dihukum semata mata tetapi mahu mereka berubah sebab mereka sendiri yang mahu berubah."

Waktu tu kak ann seronok selami kehidupan kawan-kawan dan junior yang dikatakan 'bermasaalah' ni rupanya mereka ni bukanlah jahat seperti disangka. Makanya disinilah mulanya 'exploration' bidang kaunseling.,dan bila SPM alhamdulillah keputusan mengizinkan kak ann melanjutkan pelajaran ke bidang yang diinginkan di universiti yang dicita-citakan.

Sehinggalah sekarang alhamdulillah Allah swt izinkan perjalanan cita-cita kak ann sangat mudah walaupun cabaran setiap semester itu pasti ada. Sudah pun hampir 8 tahun berkhidmat di insitusi pengajian tinggi swasta sebagai pensyarah di bidang psikologi kaunseling.

Dan sebenarnya, kak ann juga aktif menjalankan "training and personal development" untuk warga guru tadika dan warga umum amnya. EduTraining & Consultant nama diberi, bekerjasama dengan salah seorang teman baik semasa mengajar di International Islamic College dahulu, Madam Najihah AkebUrai namanya berasal dari Thailand dan sekarang sedang menghabiskan Phdnya di UIA dalam bidang klinikal kaunseling.

Setahun juga kami aktif kelolakan 'training' pada guru-guru, pelajar menengah dan warga awam. Kebanyakkannya adalah berkisar tentang pendidikan awal kanak-kanak dan kaunseling skil untuk aplikasi guru, ibubapa dan di organisasi.

Alhamdulillah seronok bila dapat berkongsi dan lebih teruja bila kita sendiri banyak belajar daripada peserta kerana mereka lebih dekat dengan komuniti..

Dan sekarang setelah 3 tahun serius dalam bisness Qaseh, daripada membeli hanya untuk masalah gastrik dan migrain kak ann berlanjutan menjadi sumber income ke-2 kak ann yang sama banyak dengan gaji sebagai pensyarah.

Bukan sekadar income yang sangat mengujakan tetapi kepuasan berniaga dalam jemaah dan peluang kak ann mengguna pakai teori-teori dan skil kaunseling psikologi dalam team agent agent. Seronok dan puas!.

Alhamdulillah dari sale RM100 hingga mencecah 50k keatas sebulan sesuatu perkara yang tidak pernah terfikir . 3tahun bagi kak ann yang ZERO dalam perniagaan mendapat penghargaan dan hasil yang menyenangkan adalah sesuatu yang kak ann syukuri dan perlu kak ann manfaatkan sebaiknya buat ramai lagi orang yang juga ingin belajar serius dalam bidang ini. Semestinya juga bukanlah hebat mana sekadar pencapaian yang demikian dan pasti terus menerus menambah ilmu dan pengalaman.

Tidak bermaksud anda dalam perniagaan anda tidak boleh meneruskan karier yang anda idamkan. Yang penting anda buat apa yang anda suka. Apabila kita lakukan perkara yang kita suka, ia akan lebih membuahkan hasil yang baik dan kita akan lebih cepat belajar memperbaiki kelemahan.

Nak kongsi dengan anda sebahagian pencapaian yang kak ann dan team QRNC terima sepanjang 3tahun dalam BerQaseh.

PREMIER CHAMPION 2015


KEMBARA QASEH LANGKAWI-2016

TOP SALE STOKIS/ MONTHLY STOKIS ACHIEVERS
CABARAN OKTOBER DAN SEPTEMBER 2015

TOP RANIA-TOP ACHIEVERS

ACHIEVERS CLUB 

KEMBARA QASEH BANDUNG-2015

anda yang berminat untuk menambah pendapatan dan bersama team Kak Ann boleh hubungi kak sendiri ya

012 9321 366

Modal mengikut kemampuan.

InsyaAllah belajar dari hati dan bersungguh-sungguhlah dalam mencari rezeki,pasti lebih bererti. 

StokisQaseh