Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Wednesday, 26 October 2016

ENTRI 47 :Sihatkan Personaliti Diri

TEKS : RAIHAN NOORDIN


Dua cara bagaimana hendak memperbaiki personaliti diri.

Pertama, kita kena tahu siapa diri kita dengan cara melihat dan menilai akhlak kita baik atau buruk.
Cermin diri kita untuk melihat kelemahan diri sendiri, bukan kita mengambil kanta pembesar dan kita halakan kepada orang lain untuk melihat dan menilai orang.

Dengan kanta pembesar kita tidak nampak diri kita, dan kanta pembesar hanya menyerlahkan apa yang kita hendak lihat pada dan tentang orang lain sahaja.
Tetapi, dengan melihat diri kita di cermin, kita nampak diri kita dan lagi terserlah kekurangan diri kita.


Ubah akhlak kita yang buruk dengan mengikut akhlak Rasulullah SAW, kerana hanya baginda idola yang terbaik.
Setiap tindakan kita berdasarkan emosi yang ada dalam jiwa kita. Oleh sebab itu untuk membina personaliti yang baik, perlu mencari ilmu, kerana ilmu adalah makanan jiwa kita.



NOTA PAGI UTK DIRI SENDIRI
#StokisQasehSaujanaPutra #shahAlam #Subang

Sunday, 14 August 2016

ENTRI 18: Ikhlas dan Sayang

TEKS: RAIHAN NOORDIN

Allahummasollia ala sayyidina muhammad waalasayyidina muhammad
Allahummasollia ala sayyidina muhammad waalasayyidina muhammad
Allahummasollia ala sayyidina muhammad waalasayyidina muhammad


Alhamdulillah, dapat berehat, dan meluangkan masa dihujung minggu bersama yang tersayang, dengan keadaan yang masih sihat, waras, dan dapat menikmati nikmat udara pinjamanNya.

Hari ini kami akan bergerak pulang ke Saujana Putra, dan menyambung amanah amanah sehabis baik!. Beginilah kak ann, memang kaki travel, bila kerja buatlah sehabis baik, bila waktu cuti dan rehat jangan teragak-agak.


Tidak pastilah apa pandangan sesetengah orang tetapi bagi kak ann tanda syukur kita pada segala nikmat adalah dengan menghargai setiap saat yang kita ada. Ketahuilah selagi ada ruang dan masa untuk anda menghargai maka gunakanlah ia sebaik mungkin,

Nampak sesuatu itu sanngat mudah dan remeh tetapi jika ia hilang dari pandangan mata sekelip mata kebahagiaan akan hilang. Kita lakukan semuanya dengan hati ikhlas dan jujur maka InsyaAllah segalanya sebagai Ibadah.


Moga Allah swt limpahi pada hati hati kita kasih sayang yang ikhlas dan rahmat didunia dan akhirat.

"Orang yang berjaya dan kaya adalah orang yang paling banyak memberi manfaat"

-KaK Ann-


Tuesday, 9 August 2016

ENTRI 4 :Re-assembled of Life

Teks : Raihan Noordin
Foto  : Raihan Noordin

Allahummasolliala sayyidina muhammad
Waalasayyidina muhammad

Allahummasolliala sayyidina muhammad
Waalasayyidina muhammad

Allahummasolliala sayyidina muhammad
Waalasayyidina muhammad

Entri semalam kak ann ada share aktiviti kelas thinking skills. Pagi ni seawal jam 8 pagi kami dah mula main puzzle! ..hahah kesian diorang ni bangun bangun terkebil kebil nak selesaikan puzzle tu.





Dalam banyak banyak puzzle hanya 1 yang sempat disipakan dalam masa ditetapkan, yang lain tu dah marah marah tuan empunya puzzle yang gunting dan lukis susah.

hahah patutlah cepat senang je kan!

Lesson learnt: to assemble and to re-assembled every pieces of our life would need tans of patience, when we are in a fragile and crashed it would need a deep breath to relax and focus.

Begitu juga dalam hidup , meniti ujian sungguh mudah minda dihinggapi dengan pelbagai bisikan jahat dan melemahkan. Sungguh itu membuat jasmani dan kuasa tindakan yang sangat2 lemah justeru tidak dapat mencapai apa yang kita cita cita kan. 

Seringkali kak ann share dengan agent agent Qaseh Gold kami agar sentiasa fokus dan perbaharui niat setiap hari dalam berbisness. Dalam binsess Qaseh Syarikat amat amat mengutamakan konsep 'Baraqah Practice' .

Niat yang baik dan jelas itu asas Minda yang SIHAT. Sememestinya sebagai seorang Islam kita berniaga demi mendapat keberkatan rezeki , memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat supaya ia menjadi saham di dunia dan akhirat. 

Kuasa Tindakan yang diselarikan dengan niat yang JELAS akan menghasilkan keputusan yang hebat. Sesungguhnya apa jua hasil ianya pasti datang dariNya, jangan lupa itu. 

Oklah setakat ini dulu entri kak ann. Teringat training 20hb ni untuk agent-agent Qaseh Gold , masih banyak mahu dibuat penambahbaikan. Doakan dberi ilham yang baik-baik untuk manfaat semua ya,

Bye bye.

Psychologist
KonsultanQaseh
StokisQaseh

012 9321 366