Showing posts with label rezeki berkat. Show all posts
Showing posts with label rezeki berkat. Show all posts

Tuesday, 24 January 2017

ENTRI 56: Strategi Berniaga

CATATAN : RAIHAN NOORDIN
FOTO :        RAIHAN NOORDIN

Assalamualaikum.,

Dulu kak ann belajar dalam subjek 'social psychology'. Teori barat mengatakan , lagi banyak persamaan antara kita dan prospek lebih cenderung untuk prospek suka kita, bila lebih cenderung prospek suka dan selesa lebih cenderung mereka percaya.

Ini juga strategi, cuma dalam Islam kita diminta untuk bersilaturrahim, kerana melalui silaturrahim itulah rezeki. Malah jika kita rajin menzirahi jiran dan kawan kawan, 70ribu malaikat mendoakan kita,
Image result for silaturahmi itu rezeki

Sekarang dengan teknologi sangat mudah kita bersilaturrahim, 'berziarah' dengan bertanya khabar dengan whatsapp pun dikira bersilaturrahim. JANJI IKHLAS. Bukan untuk mereka beli servis atau produk anda semata. Ini konteks asas yang perlu difahami. Inilah juga yang kak ann sering terapkan dan ingatkan dalam bisness Qaseh. MLM patuh syariah bukan sekadar mahu agent aktif menjual dan merekrut supaya bonus orang atasan sangat banyak. Tetapi supaya sama sama mendapat sokongan moral spiritual dan belajar untuk sama sama kaya dunia akhirat.


Kuasa membeli adalah apabila prospek kenali, selesa dan percaya pada kita. Produk atau servis jatuh no. 2 . Bukanlah maksudnya kurang penting, ia sama penting tetapi stepnya jatuh no. 2. Faham ke faham?

POINTnya senang!. BUAT HINGGA PROSPEK PERCAYA DAN SELESA> Kak ann ringkaskan contoh seperti dibawah ya, tapi ini lebih fokus untuk offline. Maksudnya bilamana anda bersemuka.

Strategi marketing:

1) senyum dan tegur say hai
2) senyum dan tegur lagi, tanya dah sarapan?
3( senyum dan tegur lagi,,, apa khabar sihat ke
4). senyum dan tanya , puan anak berapa orang umur berapa?
5) dan berbual lagi,,,
minggu ke 2...

teruskan sembang , andai kata anda bekerja di sebuah pusat tusen bahasa ini cth skrip

' puan, siang keje mlm belajar mesti penat, nampak puan penat tapi tetap semangat bagus puan.kalau ada yang boleh beri fokus lebih dan tenaga minda mesti puan lagi seronok belajar kan? '

barulah kenalkan produk ikut keperluan prospek, bukan cerita semua ya(ini kesalahan besar pernah kak ann buat). dan barulah beri flyers(kadang kadang kita asyik terus bagi flyers sampai orang buang flyers kita pun down)

Jumpa orang terus jual memang susah!. Bukan Produk yang salah! tapi kita yang buat strategi salah .


ini dikaitakan dengan COPYWRITTING yang selesa dan meyakinkan. Ini untuk online, biasakan letakkan diri anda di tempat pembeli. Andai anda ada masalah jerawat. Apa yang anda INGINKAN?

"Jerawat kecut parut takda, best je pakai mekap nak bersembang pun konfiden". kan best macamtu,

Selebihnya adalah, kredibiliti anda sebagai konsultan(dalam Qaseh kami bukan jurujual) . Rajin rajinkan diri hadiri training dan kelas yang disediakan. Baca bahan bahan bacaan motivasi dan inspirasi. Barulah kita ada momentum!


Image result for silaturahmi itu rezeki

"Mahu berniaga dengan kak ann"


#PsychologyTips
#Nuraihan Muhd Noordin
012 9321 366

Saturday, 13 August 2016

ENTRI 16: THE "NEW ME"

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Assalamualaikum, alhamdulillah kak ann dah separuh hari di UTM skudai, menghadiri kelas usahawan dari Ana Edar Sdn Bhd yang di sampaikan oleh Pengurus Besar Pemasaran Cikgu Rosman. Sebagai stokis dan leader kepada hampir 50 agent aktif seluruh Malaysia penting untuk kak ann sentiasa upgrade ilmu dan bantu agent-agent secara personal.

Alhamdulillah setiap kali hadir kelas setiap kali itulah kak ann akan rasa sangat sangat teruja dan yang paling best setiap kali itulah rasa sangat FRESH dan seperti "NEW ME". Rasa semangat baru, minda baru, niat baru, tindakan baru.

Nak juga kak ann kongsikan apa yang terus terkesan di hati, dalam sessi pagi tadi. Kata  Cikgu Rosman dalam Ana Edar  Baraqah Practice adalah tunggak utama dalam memastikan bisness kekal lama dan berterusan. Konsep yang di ketengahkan adalah:

T I(i) 7

TAKWA : dalam apa jua yang kita kerjakan rasa takut pada Allah dan merasakan setiap yang kita lakukan Allah perhatikan itu adalah WAJIB ada.

ILMU     : Sentiasa upgrade ilmu, perbaiki kelemahan, dan kuasai pelbagai cabang ilmu. Sebagai pengedar dan konsultan seharusnya ilmu harus tiada penghujung kerana tanggungjawab sebagai konsultan adalah memberi info yang tepat kepada klien.

IBADAH : Berniaga adalah ibadah, membantu aget agent menambah pendapatan keluarga ada;ah ibadah, mengajar dropship cara berniaga adalah ibadah.

IKHLAS : Usaha, penat lelah, korbankan masa tenaga, membantu agent dan dropship yang tidak tahu berniaga, semuanya itu perlu dilakukan dengan ikhlas. Makanya setiap usaha jika dilakukan untuk sesiapa ia tidak meletakkan balasan.

ITTIBA : Membuat sesuatu perkara dengan berdasarkan rujukan yang sahih.

ITQAN: Belajar berniaga, cuba mempromosi, buatlah dengan bersungguh-sungguh dan cermat. Bukan sambil lewa.

IKHWAN:Rezeki datang dari persaudaraan, bersilaturrahim. Bersilaturrahim dengan  customer, agent dan dropship menjadi salah satu prinsip yang ditekankan.

ISTIQOMAH :Konsisten dalam usaha, dalam menunt ilmu, dalam memasarkan produk, mengajar dan berkongsi adalah antara yang signifikan untuk kak ann dan team applikasikan.

IHSAN : Berqaseh sayang dan berihsan sesama rakan niaga, sesama agent, sesama klien juga sangat penting.

Apakah MLM patuh Syariah (Ana Edar Sdn Bhd)

NIAT seharusnya kerana Allah swt.
tetapkan matlamat. cth niat solat , sahaja aku solat 4 rakaat kerana Allah Taala,

DAI'E, , menyampaikan. Menyampaikan apa yang baik dan bermanfaat. Sebagai konsultan dan agent kita adalah juga Da'ie.

MUAMALAH : Jaga tutur kata, posting, yang mengajak kepada bisnes patuh syariah dan produk halalan toyiban mubarakan adalah ibadah.

JIHAD BISNES : sihat itu jihad , jihad gandakan manfaat

KEBAIKAN/MANFAAT FPRODUK, klien mendapat manfaat maka kita juga mendapat pahala.

SUMBER REZEKI baraqah  baik untuk diri dan keluarga.

Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa memberi petunjuk pada kebaikan, maka ia akan mendapatkan oahala seperti pahala orang yang mengikuti ajakannya tanpa mengurangi pahala merek sedikit pun juga"


"Barangsiapa yang memudahkan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan niscaya akan Allah memudahkan baginya di dunia dan akhirat"..

(HR. Muslim).
ini Sahabat Kak Ann , Ida namanya


wah wah.Sarat dah otak rasanya tapi semangat sangat BARU, semakin banyak idea idea baru yang hadir, semakin jitu semanngat untuk membantu makin ramai.

Doakan kak ann dan team istiqomah dan suksess ya.
Anda yang berminat sama-sama dengan kak ann meneruskan jihad bisness ini boleh click sini. nanti kak ann akan hubungi anda ya.


Stokis Qaseh