Sunday 29 January 2017

ENTRI 60 : BERCUTI DI BETONG, DAY 2- THE SPIRIT OF WORLD WAR 2

TEKS: RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN




Alhamdulillah Alhamdulillah subhanllah Allahuakbar,

Travel kalini betul betul beri satu kepuasan yang berbeza pada diri kak ann secara personal. Bila suami bercerita tentang tempat tempat bersejarah yang adventure macamni memanglah kak ann tak dapat nak menolak. Piyamit tunnel ni adalah diantara 'spot' yang sesuai untuk anda yang sukakan sentuhan klasik sejarah dan 'adventure'. 




Parti Komunis Malaya (PKM) bercita-cita untuk menegakkan sebuah kerajaan komunis di Semenanjung Tanah Melayu sebaik selepas tamat Perang Dunia ke-2. Setelah gagal dalam pemberontakan pertama yang dikenali sebagai Darurat (Malayan Emergency) sepanjang 1948 hingga 1960, gerila-gerila komunis telah berundur ke selatan Thai untuk mengelak dari buruan pasukan keselamatan Malaysia.
Ini track yang disediakan memudahkan pengunjung untuk ke terowong, bayangkan dulu tiada track ni . meretas hutan tebal sejauh lebih kurang 1km sehinggalah terbinanya terowong dengan kekuatan 50orang secara manual. Hoih korang dengan tangan weih! Sebenarnya adalah biasa untuk rejimen tentera membina terowong untuk pelbagai fungsi.





Sebelum sampai ke terowong terdapat beberapa check point . Ini adalah tempat membuat arang. Ternyata sumber bahan api sangat sangat penting untuk keperluan hidup, 


Ini pintu masuk terowong, memang sudah cantik  untuk menyambut kedatangan para pengunjung, Setiap orang RM7 .Bagi kak ann sangat murah berbanding input dan pengalaman yang diperolehi(bagi yang menghayatilah heheh yang bosan mungkin bosan). 

Ini keluasan terowong, selesa dengan pengudaraan dan lampu yang disediakan, tapi ada juga bahagian yang sengaja tidak diletak lampu. Masa tu kak ann cuba berhenti, merasai dan menyelami sendiri bagaiman jika kita berada disitu. 

Ini ruangan untuk baring, sejuk. dan batunya sudah hampir rata. Cuma mungkin pihak sini sudahpun mempercantik ruang ni. 


Ini ruang untuk askar menulis, merekod dan mungkin merancang strategi. Mereka guna bergilir-gilir. Dsini kak ann belajar, merancang dan meniliti strategi sangat sangat penting. 


Di sebut dalam sejarah, PKM ke Thai dengan beberapa strategi. 

PKM telah menyusun semula struktur organisasi mereka:


a) Rejimen ke-8 di Sadao
b) Rejimen ke-10 di Weang
c) Rejimen ke-12 dan Jawatankuasa Pusat (Central Committee) di Betong.


Ini lah tempatnya. Maknanya tempat kak ann datang ni adalah HQ tau.


Ini alat pembedahan, mereka merawat sendiri askar yang cedera. 

Ini perangkap samar yang masih bersisa dijuampai sekitar tunnel ni. Nampak lekeh kah, tapi dengan teknologi lampau Kak ann yakin mereka sudah cukup arig. 


Ha ini memang kak ann rasa kerdil sangat!, Walaupun mereka ni memang niat tak baik, tapi mereka juga percaya tentang KUASA ILMU dan KUASA PENGARUH PEMIKIRAN bagi memastikan pengikut dan komuniti setempat terpengaruh dengan ideologi mereka. Kak Ann tak faham tajuk tajuk buku ni tapi kak ann yakin ia digunakan sebagai bahan bacaan dan penyampaian mesej . Perang Psikologi juga disini. 

Antara alatan yang digunakan untuk membuat senjata, Tak jelas bagaimana dan apa fungsi mungkin ia dijumpai dengan sebahagian sebahagiannya sahaja.



Kami akhiri lawatan selepas lebih kurang sejam setengah, Alhamdulillah rasa syukur dan bertuah dapat lalui pengalaman ini. Bagi kak Ann apa yang Allah swt tetapkan berlaku disekelilig kita adalah untuk kita berfikir dan zikir. Berfikir dan zikir tentang kebesarannNya walaupun dari energi kejahatan. Kekuatan mental, dan fizikal mereka ini berkampung dan berkubu disini menunjukkan sikap tidak menyerah malah makin bangkit,sedangkan dalam sejarah menunjukkan mereka 'berundur' dari Malaysia. 

"Berundur bukan bererti KALAH, berundur peluang merancang masa depan CERAH'

Alhamdulillah percuti dengan bonus bisnes Qaseh ni semakin bermanfaat, memang terasa bahagia dan tenang. Kak Ann sangat percaya dari rezeki yang berkat. Memilih jemaah Qaseh dan Ana Edar sebagai sebahagian 'karier' professional adalah satu tindakan bijak! dunia akhirat InsyaAllah

TravelLogPPW
Betong
Piyamit Tunnel




No comments:

Post a Comment