Saturday 28 January 2017

ENTRI 59: BERCUTI DI BETONG 1

CATATAN : RAIHAN NOORDIN
FOTO ":RAIHAN NOORDIN

Sejak sebulan lepas, en suami yang memang 'gila' travel dah rancang trip Betong ni, asalnya ramai juga yang nak join tup tup akhirnya tinggal 3 family yang betul nak ikut serta. Kak Ann pun macam biasa alang alang boss dah bagi 'green light' untuk ambil cuti lama, makanya otak ligat nak merancang waktu cuti untuk bisness Qaseh di'hati'ku hehe.

Alhamduillah semuanya berjalan lancar ini hari pertama kami kembara Qaseh Betong, bermula dari rumah bergerak jam 4.30am sebab khuatir juga kalau kalau ditengah jalan akan makan 'jem strawberry'yang tak berapa nak manis.Almaklumlah musim perayaan biasanya memang jem. Tapi sangkaan kami meleset mungkin juga jadual perjalanan kami yang dirancang awal pagi makanya dapat sampai di Border Grik-Betong jam 9pagi.


Dari border dalam 5min je kedai insurans ni


Kak ann sangat rekemen tempat ni pertama sebab muslim dan servisnya subhanallah bagus, mesra dan bersih. Ada tandas yang bersih, surau untuk solat dan pantry untuk bancuh air kopi teh sendiri selepas mungkin kita dari awal pagi yang muka pun dah sembap semacam menahan mengantuk hehe. 




Alhamdulillah proses berjalan lancar , dan terus bergerak ke hotel, dalam kepala terbayang dah katil hempuk aircond dan view gunung ganang yang cantik!. HUH!

Selepas berehat kami tahan tut tut (taxi comel) , sebab disini lebih mudah berjalan dengan tut tut, disini pekan kecil sahaja, dirver tut tut tu hantar kami ke  Betong Tunnel, dimana disni menjadi tarikan utama pelancong dan berjalan naik bukit ke museum, 


ni tugu Betong Tunnel
tut tut 

hehe ni gambar favourite Kak Ann.

Sebenarnya takda lah apa yang menarik sangat di tugu ni cumanya , saja melihat daya kereativiti dan unsur budaya yang ada di sini. bagi kak ann tunnel dan tugu ni menjadi tumpuan pelancong kerana keaslian dan sejarah pembinaannya yang sejak zaman komunis dulu. 




Belakang ann tu Betong Mongkolit Tunnel pandangan waktu siang, panjang juga merentasi bukit bukau. 

mendaki ke museum dari tugu, 

Masanilah boleh test 'fit' ke tak anda, sebab mendaki ni agak curam dan lebih 50 anak tangga. Har har har. Alhamdulillah walaupun dengan kekuatan kasut wedges yang menganggu kelancaran mendaki namun madam berKgs lebih ni mampu sampai ke atas tanpa pancit.! Teh Hijau Plus Ana Edar dan Sole yang memang kak ann tak boleh tinggalkan benar benar bantu. Eh jangan tak tahu tau ada yang kurus tapi tak 'fit'  (hahaha dan sedapkan hati)

dah sampai....tapi TUTUP! 

hahahah, nasib badan kah kah kah, takpalah kami jalan jalan melihat sekitar dan turun ikut seberang bukit sana. dan melihat pandangan pekan Betong dari atas. 


Pandangan Dari Atas. Museum

Pergi balik kami naik tut tut je, RM2 seorang dan kanak kanak free.  

ni cerita petang tadi, lepas je balik dari menapak jalan kaki kami pun beli belah sikit sebanyak, yang penting mainan amshar, duk menyanyi jer kat cuping telinga selagi tak beli, Alhamdulillah jalan santai petang berakhir, 

Lepas berehat , qadha tidur sejam lebih, bangun dan bersiap makan malam. Ke night market sekitar tunnel tadi, Rupanya suasana malam lebih happening, dengan tarian naga sempena tahun baru cina dan lampu lampu hiasan di tunnel. Siang tadi lain sangat suasananya... 


Haaa, lampu sepanjang panjang dalam tunnel menjadi tumpuan orang ramai... Alhamdullillah, percutian sehari berakhir. Sebenarnya kami ni kerap jalan jalan jadinya setiap percutian adalah ala kadar sahaja, Alhamdulillah sangat saangat kak ann nak tunggu gaji memang tak dapat lagi swasta ni setiap 31hb baru dapat tak kiralah perayaan ke tidak. Tapi alhamdulillah dengan bisness Qaseh kak Ann boleh top up setiap kali percutian dengan suami dan anak.

Tak rasa tersekat -sekat dah, dulu nak bercuti fikir dua tiga kali, InsyaAllah doakan lebih rezeki nak bawa kakak dan abang pula nanti. Anda pun boleh macam Kak Ann, asalkan kita mahu usaha dan tidak bergantung hanya pada income suami atau gaji sendiri, Seronokkan bercuti tak usik duit gaji. Esok nak kena bangun jam 4. pagi ! haaa agak agak apa projek nih!

Tunggu malam esok next entri eh, 

Raihan Noordin
Pengurus Pemasaran Wilayah,
012 9321 366

No comments:

Post a Comment