Wednesday 10 August 2016

ENTRI 8: STRESS BAIK UNTUK ANDA!



TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO:  RAIHAN NOORDIN
VIDEO : YOUTUBE


Harini kak ann nak share tentang stress yang BAIK! haaa  sebenarnya selain dari stress pada perkara perkara negatif yang membuatkan kita 'moody' sedih , sakit hati, 'hopeless', rasa di buang, rasa dihina, rasa tidak dihargai pernah tak sahabat sahabat rasa tertekan pada perkara yang positif.

Contoh ; aduh stress nak kahwin tapi best nak kawinkan? Stress nak beranak hehe tapi excited pun iya jugak!
Itulah yang di panggil sebagai 'Eustress' @ Positive stress.
Apa jua jenis stress jika ia tidak dapat dikawal otak akan merembeskan hormon berasid yang mampu memberi banyak kesan negatif pada fungsi badan.

Natijahnya, bukan sahaja emosi terganggu tetapi kesihatan fizikal juga semakin merosot!
Aduh duh duh. Sangat sangat stress kan!? .

Ini 2 Tips Kak ann nak share ! Sangat Mudah tetapi insyaAllah sangat berkesan.!


1) Belajar "Relaxation Breathing" .

Haa ibu ibu yang biasa melahirkan anak ingat tak cara pernafasan semasa nak meneran dan tahan 'contraction'?.
Tarik nafas melalui hidung dalam masa sama pasti kan tutup mulut rapat ya dan lepas melalui mulut.
Dengan cara ini oksigen keluar melalui dada dan lepas melalui perut. ..haa  cuba buat sekarang..

Tariiiiiiikkkk tutup mulut!  Lepassssss....
Bagus! . Buat 3x selang selang dalam 5min.
Bertujuan saraf dan darah berjalan lancar dan membawa minda separa sedar ke paras rasional. Kepala lebih ringan , muscle yang tense akibat stress akan lebih lega. .

Boleh cuba tengok video ni ya!

2)Amal Kurma+ madu +zaitun + tin +delima dan air zam zam. 

Ini semua makanan sunnah yang terkenal dengan agent penenang. Membantu menghasilkan tryptophan lantas merembeskan hormon endorphine yang juga dipanggil happy hormone.

Agak mencabar nak amal semuanya secara konsisten setiap hari bukan? Ann sanggup beli dulu di kedai-kedai arab sekitar greenwood. Masatu masih belajar di uia jadi agak dekat. Barang-barang  agak mahal juga bila di jumlahkan. Tapi disebabkan kajian yang terbukti dari kitab-kitab dan hadis seperti kitab Al-Thib Ibn Sina makanya ann memang jatuh cinta. 

Tapi sekrang sangat Mudah, Murah yang penting lepas amalkan 2minggu konsisten memang sangat Mujarab dan terasa perubahan emosi . Ish en suami yang sesetengah perkara dulu sangat mudah 'berangin' sekarang banyak waktunya "cool" saja. 

Qaseh Gold antara alternatif terbaik buat kami sekelurga.

Ann doakan anda yang sedang membaca sentiasa 'happy'. Minda sihat Jasmani pun Hebat!
InsyaAllah...

#Psychologist.
#KonsultanAnaEdar

No comments:

Post a Comment