Saturday 3 September 2016

Entri 39: Dimana Jiwa anda.?

TEKS: RAIHAN NOORDIN
FOTO:GOOGLE

Orang yang benar benar tenang ialah orang yang memiliki fikiran yang baik, kesihatan yang baik, hubungan yang baik dengan manusia, keyakinan yang baik kepada agama dan kewangan yang baik. Yang penting bukan dimana kita berada secara fizikal tetapi di mana kita berada dalam jiwa dan minda.


Seorang pakar motivasi menggunakan analogi "kanta" sebagai satu cara melihat dan menilai diri. Sebab penglihatan mata kita ini sama ada cerah/jernih, kelabu atau gelap bergantung pada kanta, dan kehidupan kita ini bergantung pada cara kita melihat sesuatu kejadian/peristiwa. Kalau kanta kita cerah/jernih,maka apa apa yang kita lihat kita akan nampak cerah/jernih, dan begitulah sebaliknya.

    Oleh sebab itu untuk mengubah cara orang melihat kehidupan dunia ini adalah dengan mengubah " kanta kehidupannya " iaitu memilih dan menentukan kanta mana yang hendak kita gunakan ?
Contoh pertama Kanta cerah/jernih ialah orang yang hatinya bersih (manusia jernih). Hidupnya sentiasa ingin dipenuhkan dengan kebaikan keilmuan dan ketakwaan.

Contoh kedua,kanta kelabu iaitu orang yang hidupnya di tengah tengah antara baik dan jahat. Hatinya berbolak balik,sekejap dia bertaubatsekejap dia membuat maksiat. Tidak ada pendirian dan bertindak mengikut emosi serta mudah dipengaruhi oleh persekitaran.

Orang yang begini ada peluang untuk kembali menjadi baik, jika mereka bergaul dan berdamping dengan orang yang baik dan beriman.

Contoh ketiga, orang yang hidup dalam kanta gelap, dia tidak mendapat cahaya langsung daripada Allah SWT dan tidak nampak apa apa cahaya untuk kembali menuju kebaikan.


Hatinya hitam, gersang dan keras. Tidak ada rasa kemanusiaan dan terlalu mementingkan diri; suka melihat orang susah dan susah melihat orang senang. Hidupnya terdorong ke arah kejahatan dan seorang yang jahil (manusia keladak ).

Kak ann doakan agar minda jiwa kita sihat dan mempunya kanta kehidupan yang jelas, jernih dan lebih membahagiakan. Kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada apa yang kita ada. Tetapi dimana jiwa kita.


Kalam Isya,

Kak Ann.


No comments:

Post a Comment