Friday 26 August 2016

ENTRI 35: SOFT SKILLS

TEKS :RAIHAN NOORDIN
FOTO :RAIHAN NOORDIN


Soft Skill-

Harini madam Raihan hadiri kursus . Kursus bagaimana pensyarah boleh bantu pelajar untuk menguasai kemahiran kemahiran seperti , kemahiran berfikir, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berinteraksi dengan komuniti.


Fahami nilai hidup lebih bermakna dengan memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah. Setiap orang didunia ditakdirkan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Anak ini pandai melukis, tetapi tidak pandai berbahasa Inggeris. Kepakarannya melahirkan idea dan mesej berinspirasi seharusnya terus di hargai. Bantu menggalak bakat dan kemahuan untuk turut sama memberi sumbangan kepada sekeliling. Memberi kata semangat melalui karya kreatifnya turut memberi sumbangan , begitu juga bagi anak yang pandai berbahsa Inggeris dan mampu memberi ucapan dengan lancar dan penuh intipati.

Nampak seperti memberi pada orang lain, hakikatnya ia memberi daya semangat, jatidiri pada diri sendiri. Pastinya jiwa kita bahagia, rasa besar, kuat dan minda lebih fokus kerana kita buat apa yang kita TAHU, SUKA, dan BERHASIL.



Doakan Madam terus istiqomah, memBESARkan JIWA, generasi masa depan.


Madam Raihan
MSU August 2016
CTS 2

No comments:

Post a Comment