Saturday 13 August 2016

ENTRI 14: Nota Malam -USAHA dan KOMITMEN

TEKS : RAIHAN NOORDIN
FOTO : RAIHAN NOORDIN


Usaha dan kerja keras sering dikaitkan dengan komitmen. Tidak ramai yang suka terikat dengan mana mana perkerjaan atau orang. Semua ingin bebas. Sejauh mana kita melihat usaha dan komitmen itu sebagai penjara yang menyesakkan dada? Sejauh itu lah juga hasil yang sepatutnya di dalam genggaman akan terus pudar dan tidak akan kunjung tiba.


Isteri yang seronok dan bahagia melayan dan menggembirakan sang suami, itu komitmen, seorang ibu yang berbahagia menyediakan makanan dan kasih sayang pada si anak, itu satu komitmen yang membahagiakan.

Kebahagiaan akan dikecapi bilamana kita meletakkan usaha dan kerja keras pada tempat yang kita suka. Suka itu datangnya dari bagaimana kita mentafsir dan melihat sesuatu itu memberi imbuhan kepada kita maksudnya wujud di 'minda'. Imbuhan dari segi emosi, (suami juga cinta kita) , imbuhan dari segi material (komitmen bekerja kerana hujung bulan dapat gaji) dan sebagainya.

Maka komitmen yang 'bebas' dan 'bahagia' adalah komitmen yang kita percaya dan tafsirkan di minda sebagai yangn memberi kepuasan samada berbentuk material mahupun psikolgikal.


Cuba lihat disekeliliang anda sejenak, pekerjaaan, anak, suami, anak, rakan-rakan. Berapa banyak aspek dalam kehidupan yang anda rasakan anda beri komitmen yang 'membahagiakan'?. Maksudnya anda memang relahati dan lakukan semua tanggujawab itu dengan gembira dan bahagia?

Sewajarnya semua mesti datang dari cara kita berfikir, minda yang sihat melihat semua komitment sebagai tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi, dan dengan itu imbuhan hakiki adalah imbuhan di akhirat.


Al-Najmi 39

"Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperoleh kecuali apa yang diusahakannya.."


moga ini memberi semangat pada kak ann dan semua yang membaca dalam apa jua bidang dan pekerjaan yang anda sedang usahakan.





Jumpa lagi.Selamat Malam

Kak Ann, 
Konsultan Qaseh






No comments:

Post a Comment